Siakap Keli

(Video) Detik Cemas, Pembaca Berita Panik Sorok Bawah Meja Ketika Gempa Bumi

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pada Jumaat Selatan California telah digegarkan dengan gempa bumi kuat berkekuatan 7.1 skala Ritcher di Ridgecrest kira-kira 150 kilometer Utara dari Los Angeles.

Gegaran sewaktu kejadian sempat dilihat secara langsung di televisyen ketika siaran berita oleh stesen TV CBS Los Angeles.

Pembaca berita, Juan Fernandez dan Sara Donchey yang sedang ke udara ketika itu dilihat panik sewaktu gempa bumi melanda.

”Jika anda berada bersama kami sekarang, seperti dilihat kami sedang mengalami sedikit gegaran,” kata Donchey.

Wanita itu yang ketakutan kemudiannya memegang lengan Fernandez dan meminta supaya mereka berdua untuk masuk ke bawah meja bagi menyelamatkan diri.

Menurut rekod, gempa bumi yang melanda California kali ini merupakan yang terburuk dalam tempoh 20 tahun.

Tonton video di bawah :

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.