Siakap Keli

“Dah Ready Ke Kakak?” Mesej Ringkas Ibu Bapa Ainul Bagi Khabar Gembira Rakyat Malaysia

Saban hari, rakyat Malaysia menantikan perkhabaran mengenai ‘bidadari syurga’, Ainul Mardhiah yang masih berada di London berikutan menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di bahagian mulutnya.

Menerusi perkongsian terbaru yang dimuat naik oleh ibunya melalui laman Instagram, Ainul dikhabarkan berada dalam keadaan sihat pada setiap hari. Perkembangan kesihatan Ainul yang semakin hari semakin baik memberikan kelegaan dan kegembiraan buat ibu bapanya dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan Ainul melalui laman Instagram ibunya memanjatkan kesyukuran berikutan kesihatan yang semakin baik.

Menerusi laman Facebook bapanya pula, Ahmad Safiuddin telah memberi tanda-tanda bahawa Ainul akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Dah ready ke kakak?

Walau bagaimanapun, mesej ringkas itu menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet yang mengharapkan Ainul segera pulang ke Malaysia. Namun, rata-rata warganet amat bersenang hati melihat perkembangan bayi comel itu yang semakin baik.

“Kakak? Ada adik coming soon ke”

“Ready nak balik Malaysia ke tu”

“Alhamdulillah..Dah sembuh luka pembedahan”

“Kakak Ainul, nanti balik sini ye..ramai dah tunggu kakak”

Sumber: Nurul Erwani, Ahmad Safiuddin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa