Siakap Keli

“Ingat Nak Sangat Bergaya?” Guru Bidas Netizen Sibuk Kecam Etika Pemakaian Seorang Pendidik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bergelar seorang guru sudah pastinya akan berhadapan dengan ramai orang pelajar di sekolah. Oleh itu, pemakaian guru sangat penting bagi mempengaruhi keyakinan dan juga memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu.

Namun, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai pemakaian guru ketika di sekolah. Perkara ini kerana golongan tersebut menanggap bahawa guru hanya berada di sekolah dan tidak perlu untuk berpakaian kemas ataupun bergaya.

Terkesan dengan perkara tersebut, seorang guru tampil bagi mempertahankan etika pemakaian yang perlu dipatuhi oleh seorang guru.

CIKGU JE.. TAKYAH BERGAYA SANGAT LA…. 
AMBOIII SEDAPNYA CAKAP.

Adalah seseorang tu kecoh komplen pasal IG seorang guru yang kacak dan bergaya persis model. Maka dinasihatkan guru tersebut oleh orang tersebut bahawanya… Guru ni tak sesuai ‘ada rupa’ dan ‘ terlalu menonjol’. 
Menurut kefahaman saya… CIKGU JANGANLAH BERGAYA SANGAT… KALAU BOLEH JANGAN BERBEDAK.. JANGAN PAKAI SMART…. KORANG TU CIKGU… DOK BERGELUMANG DENGAN BAU STOKIN DAN KENTUT BUDAK.. ADA HATI NAK BERGAYA…. agaknyalahhh kot… Kalau ikut kefahaman saya… 

No photo description available.
Oklah meh teman nak kabo (mula cakap perak) 
Komer ingat cikgu ni hakap sangat ke nak bergaye bagey.. Kalau idak kerana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertajuk Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran bertarikh 9 Mei 1985….takdanya cikgu cikgu ni nak pasang badan. Dalam SPI tu ada menyatakan tentang garis panduan pemakaian guru lelaki dan wanita.

Itu pun nasib baik cikgu tak ikut sepenuhnya SPI tu.. Kalau tak kami pakai lounge suit pergi sekolah… Tapi cukup lah berpakaian kemas… Ada la style sikit… Baru lah murid murid tenang tengok muka cikgu kacak dan cantik.. Tak hensem takpa janji sedap mata memandang….

Image may contain: one or more people and text

Takkan lah nak kami berwatak macam samseng kampung pisang kot… Muka ketat 7 jam sehari… Kening berkerut… Bersongkok senget bermisai lentik… Atau bersanggul tinggi macam Mrs Hew cerita Lat tu…baru dikatakan sesuai dengan gaya cikgu?

Susah lah segelintir masyarakat ni… Asal cikgu hensem jual sambal kena sindir… Cikgu cantik ayu pun kena bawang….

Bagilah peluang… Cikgu ni ada perasaan… Sekali sekala nak juga rasa dihargai dan reward diri sendiri… Pakai smart.. Bergaya dalam FB dan IGs dapat like dan komen positif naik lah semangat nak mengajar…

Kepada cikgu cikgu, mana yang nak bergaya tu…bergayalah… Kita nak tarik minat murid…bukan mak bapak murid… Asal jangan melebih lebih sangat sudah lah…. 
Ingat… Guru ni sentiasa diperhatikan.

Ok tu je bebelan saya. 
Lepas ni nak gi puspakom jap.. Nak nasihat supaya mereka check bas sekolah tu elok elok sikit… Nanti kalau tercabut tayar..masuk gaung… CIKGU JUGAKKKKKK YANG SALAH

CIKGU EMMET

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, phone and text

Menerusi penerangan guru ini, rata-rata guru bergaya dengan berpakaian kemas disebabkan tuntutan garis panduan pemakaian guru yang memerlukan mereka berpakaian seperti itu. Oleh itu, para netizen diharap tidak lagi menilai guru yang bergaya dalam pemakaian mereka dari sudut yang negatif.

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa