Siakap Keli

Jaga-Jaga Giliran Utara Pula Dijangka Hadapi Ribut Petir Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Kawasan di Semenanjung yang dijangka terlibat ialah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim (Perak), Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang), Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat (Selangor), dan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Manakala, bagi negeri luar Semenanjung yang dijangka terjejas ialah Limbang (Sarawak) dan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) (Sabah).

Amaran ribut petir yang dikeluarkan ini dijangka akan berlarutan sehingga jam 7 malam ini. Orang ramai yang berada pada kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berwaspada.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa