Siakap Keli
Gambar : Bernama

Mangsa Banjir Kilat Di Melaka Meningkat Kepada 1,149 Orang

Melaka : Jumlah mangsa banjir kilat di negeri ini terus mencatat peningkatan iaitu kepada 1,149 orang mangsa melibatkan 260 keluarga setakat 8.00 malam ini berbanding 745 orang mangsa dari 150 keluarga pada sebelah petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebanyak empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengalami peningkatan, lima PPS kekal, satu PPS mengalami penurunan dan dua buah PPS ditutup.

”Empat buah PPS yang mencatat pertambahan mangsa banjir ialah PPS Sekolah Krubong kini menempatkan seramai 112 orang mangsa dari 25 keluarga, PPS Masjid Al-Rasyiddin (406 orang dari 106 keluarga), PPS Sekolah Menengah Pengkalan (122 orang dari 34 keluarga) dan PPS Sekelah Belimbing Dalam (200 orang dari 49 keluarga),” katanya kepada sumber malam ini.

Beliau, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata jumlah mangsa di lima buah PPS tidak berubah iaitu seramai 34 orang mangsa melibatkan tujuh keluarga masih berteduh di PPS Balai Raya Bukit Balai, PPS Balai Raya Gadek (66 orang dari 17 keluarga), PPS Bukit Tambun (13 orang dari empat keluarga), PPS Kampung Beringin (90 orang dari 15 keluarga) dan PPS Sungai Tuang (Sembilan orang dari dua keluarga).

Effendy berkata sebuah PPS mengalami penurunan iaitu PPS Balai Raya Panchor daripada 117 orang kepada 97 orang mangsa melibatkan pelajar dan kakitangan pusat tahfiz,

Katanya  dua PPS yang ditutup ialah PPS Sekolah Kebangsaan Pagoh ditutup pada pukul 2.20 petang, manakala PPS Taman Seri Bayu  ditutup pada 12.00 tengah hari dan seramai sepuluh mangsa melibatkan dua kelurga  dari PPS tersebut di pindahkan ke PPS Masjid Al-Rasyiddin.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.