Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Gun Digest/Extra)

“Atuk, Kenapa Tembak Saya”, Warga Emas Tunjuk Muka Tak Bersalah Walau Ragut Nyawa Cicit Sendiri

Apa yang anda rasa bila secara tiba-tiba ada seseorang mengasari atau menyakiti anda sedangkan anda tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada mereka? Pasti anda akan ‘blur’ dan tertanya-tanya, “Apa salah saya?”, kan?

Mungkin itulah yang bermain di fikiran seorang kanak-kanak berusia enam tahun apabila dia bukan sahaja dikasari, malah ditembak oleh moyangnya sendiri secara tiba-tiba, tidak lama dahulu.

“Mengapa tembak saya?”, itulah persoalan yang timbul di mulut budak lelaki semasa kejadian berlaku di kediaman mereka dekat Sproatley, Yorkshire Timur, England tahun lepas.

Suspek berjalan masuk ke kawasan mahkamah(Foto: BBC)

Malangnya, persoalan itu tidak dapat berlegar lama di minda anak kecil tersebut kerana dia telah meninggal dunia beberapa jam selepas dia ditembak di bahagian perut oleh suspek.

Suspek telah ditahan tidak lama selepas kejadian. Menurut siasatan awal, lelaki berusia 78 tahun itu mungkin secara tidak sengaja telah melepaskan tembakan ketika sedang memeriksa senapang berisi peluru 0.22 kaliber.

Bagaimanapun, menurut ibu mangsa, lelaki berkenaan tidak pernah meminta maaf selepas kejadian. Suspek baru sahaja dijatuhi hukuman penjara selama tiga(3) tahun atas tuduhan bunuh dan menggunakan senapang tidak berdaftar.

“Dia(suspek) tidak pernah meminta maaf. Jika dia minta maaf sekarang, ia tidak ada makna, semuanya sudah terlambat”, kata ibu mangsa kepada media.

Tambahnya lagi, lelaki yang juga datuknya itu tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah walaupun sedar dia telah mengambil nyawa darah dagingnya sendiri.

“Soalan terakhir dari anak saya, ‘Datuk, kenapa tembak saya?’. Jadi saya ingin tanya dia(suspek) soalan yang sama, mengapa dia bunuh anak saya?”, katanya lagi.

Mangsa bersama ibunya(Foto: Telegraph)

Beliau turut memberitahu bahawa dirinya masih lagi pergi ke bilik anaknya setiap malam untuk mengucapkan selamat malam dan mencium bantal anaknya, tetapi perasaannya tidak sama seperti dahulu.

“Saya masih cium bantalnya setiap malam, tetapi ia tidak sama seperti mencium anak saya sendiri”, jelas beliau.

Sumber: Telegraph UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi