Cuaca yang terlalu panas ini membuatkan kipas angin semakin popular digunakan. Dalam setiap satu rumah, paling kurang wajib ada satu kipas angin.Ada juga individu yang tidak dapat tidur tanpa kipas angin yang dipasang. Adakah anda termasuk salah seorang daripada golongan ini?Mulai sekarang, anda perlu lebih berhati-hati. Tidur semalaman dengan kipas angin yang terpasang boleh mendatangkan bahaya.Berikut merupakan 7 penyakit akibat tidur semalaman dengan kipas angin yang terpasang:

1. Dehidrasi dan Hipotermia
Akibat buruk pertama adalah, dehidrasi. Hal ini pernah dijelaskan oleh Dr, Wendra Ali, seorang pakar neurologi. Menurut doktor Ali, ketika seseorang berada dalam bilik sejuk dalam tempoh masa yang lama, maka badannya akan mengalami kekeringan.
Ini diakibatkan daripada udara sejuk yang menyerap air dari dalam badan. Apabila perkara ini berterusan sepanjang malam, maka kelembapan badan akan berkurang hingga akhirnya kita akan merasa haus bahkan mengalami dehidrasi.
Kemungkinan besar badan anda juga akan diserang gejala hipotermia.
2. Kerengsaan Sinus
Ketika kipas angin dipasang, maka udara dalam ruangan tersebut akan kering.
Udara kering inilah yang menyebabkan membran mukosa dalam rongga hidung kering.
Semakin kering membran mukosa tersebut maka pengeluaran lendir akan menjadi lebih banyak. Ini boleh mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan menyebabkan kerengsaan sinus.
3. Leher Sakit
Adakah anda pernah, ketika bangun merasa leher anda sakit?
Leher anda terasa sakit bukan kerana salah tidur, tapi akibat daripada kipas angin yang dipasang semalaman ketika anda tidur.
Ini kerana kipas angin mengeluarkan angin sejuk yang boleh membuatkan otot leher menjadi kejang. Otot yang kejang semalaman boleh mengakibatkan leher dan bahu kejang.
4. Penyakit Bell Palsy
Bell Palsy adalah penyakit yang boleh menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah. Ini berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan Virus Herpes Simplex.
Ini kerana suhu dingin yang fokus menerpa bahagian muka anda sepanjang malam. Jika muka anda terlalu lama terpapar pada suhu dingin dari kipas angin, kemungkinan anda boleh mengalami kerosakan saraf.
5. Badan Kekurangan Oksigen
Badan akan kekurangan oksigen ketika arah kipas angin terus kepada muka atau wajah anda.
Kesannya akan semakin negatif jika angin daripada kipas tersebut tepat mengenai bahagian mulut dan hidung di dalam satu ruangan yang tidak mempunyai atau kekurangan sumber pengudaraan.
Hasilnya, angin yang berputar-putar dalam satu udara yang tidak diperbaharui, hingga oksigen tidak dapat berfungsi dengan baik.
6. Asma
Bagi anda yang sudah menghidap penyakit asma atau resdung, kipas angin adalah benda yang wajib untuk anda jauhi.
Kipas angin yang dipasang biasanya akan menyedut habuk atau debu di sekitar ruangan.
Jika kipas angin tidak selalu dibersihkan, tidak hairanlah jika anda merasa kerongkong leher gatal, batuk-batuk dan mengalami gejala asma.
7. Penyakit Gusi dan Gigi
Sesudah semalaman wajah anda menghadap udara dari kipas angin, mulut dan kerongkong biasanya akan menjadi kering.
Jangan mengambil mudah terhadap hal ini, kerana ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah gusi dan gigi dalam jangka masa yang panjang.
Mulai sekarang, perlahan-lahan kurangkan kebiasaan tidur dengan kipas angin yang sedang berpasang.
Jangan lupa juga untuk terus membuka tingkap atau pintu bilik anda agar udara boleh keluar masuk untuk diperbaharui oksigennya.
Sumber: Tribunnews