Siakap Keli

Cuma Ikut Cara Ni, ”Confirm” Korang Boleh Berjimat Duit Gaji Sampai Hujung Bulan

Setiap kali selepas raya, mesti ramai yang pening kepala sebab poket semakin menipis. Al-maklumlah, dah banyak berhabis duit beli baju, bayar duit minyak dan tol sebab balik kampung atau jalan-jalan raya dan beli kuih raya berbalang-balang. Habis raya memang peninglah jawabnya.

Bagi yang tak uruskan kewangan betul-betul untuk menyambut musim perayaan, memang ada kemungkinan korang kena ikat perut sebelum nak tunggu gaji bulan depan. Waktu ini confirm lah korang kusut sangat fikir macam mana nak jana pendapatan selepas raya.

Siapa tak pening kepala bila tiba masa kena uruskan belanja Hari Raya? Jangan risau, kami ada tips bijak berbelanja semasa dan selepas raya untuk jadikan rujukan sebelum terlambat. Semoga tips ini boleh digunakan untuk Hari Raya AidilAdha yang akan datang juga untuk perayaan-perayaan yang lain.

Ini tipsnya:

Tips Perbelanjaan Bijak Semasa Hari Raya

1. Sediakan Bajet Perbelanjaan

Sediakan bajet perbelanjaan serta senarai semak untuk perkara-perkara yang perlu supaya korang dapat membuat perbezaan antara keperluan dan kemahuan semasa berbelanja. Janganlah bila masuk pasar raya terus hilang ingatan ataupun buang senarai tu.

2. Tetapkan Pendirian Korang

Tetapkan mind-set untuk menyambut perayaan dalam suasana yang sederhana atau mengikut kemampuan masing-masing. Janganlah berbelanja mengikut nafsu ataupun berdasarkan kewangan kawan-kawan yang lain.

3. Belanja Ikut Bajet Yang Ditetapkan

Berbelanja dengan wang bajet yang sedia ada dan sentiasa merekod perbelanjaan korang. Kalau tak bersedia awal-awal, korang akan jadi mangsa pusat membeli-belah yang rakus menyedut duit korang.

Dah banyak kali terjadi. Kalau pergi shopping tanpa senarai, tangan kita mudah meraba dan main angkut saja barang yang kita nampak dan suka.

4. Pandai Pilih Kedai Yang Murah

Pilih kedai yang menawarkan harga yang berpatutan. Sebelum korang keluar membeli belah tu, buat lah sikit research kedai mana yang tawarkan harga yang berpatutan melalui atas talian atau terus beli melalui atas talian je. Kan mudah dan jimat.

5. Tetapkan Masa Yang Betul

Tetapkan masa yang sesuai untuk membeli belah seperti berbelanja pada saat akhir dalam musim-musim jualan murah dan sebagainya untuk memungkinkan anda mendapat diskaun yang menarik.

6. Bayar Komitmen Lain Terlebih Dahulu

Pastikan komitmen bulanan korang seperti sewa rumah, kereta, pinjaman peribadi, ansuran bulanan yang sedia dan lain-lain dibayar tepat pada waktunya untuk mengelak tunggakan dan/atau penalti yang akan dikenakan sekiranya lambat dibayar.

Tips Perbelanjaan Bijak Selepas Hari Raya

1. Gunakan Kad Yang Menawarkan Ganjaran Yang Sesuai Dengan Perbelanjaan Korang

Kalau korang ada kad kredit, gunakanlah kad kredit tu sebab dekat Malaysia ni, setiap kad kredit ada menawarkan ganjaran hebat yang tersendiri. Gunalah ikut kesesuaian diri dan perbelanjaan keluarga korang. Jangan sampai berhutang. Sebagai contoh, kalau korang selalu isi minyak dekat Petronas, Kad Kredit CIMB Petronas menawarkan rebat tunai sehingga 7 peratus bila korang gunakan kad ni dekat Petronas. Ni memang boleh jimat, gempak habis!!! Kalau korang suka makan luar, kad Kredit CIMB Platinum-i pula menawarkan mata ganjaran bagi setiap RM 1 yang korang belanja.

Sekarang ni lagilah, korang siap boleh dapat duit raya dengan mudah tau. Cuma perlu berbelanja RM 30 je. Setiap perbelanjaan berjumlah RM 30 di mana-mana kedai ataupun online, korang akan dapat satu penyertaan. Belanja dekat Petronas special sikit, korang akan dapat tiga penyertaan.

Takkan korang taknak jana duit raya dengan cara yang mudah kan. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad utama Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum, Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i dan Kad Kredit CIMB Platinum- i. Tiada pendaftaran yang diperlukan untuk kempen ini.

Bayangkanlah kalau korang pemegang kad, korang layak memenangi maksimum 1 Hadiah Saguhati dan sama ada 1 Hadiah Kedua atau 1 Hadiah Pertama sepanjang Tempoh Kempen. Paling penting, kempen ni bukan hanya selepas raya tetapi sepanjang tiga bulan! Banyak lagi masa nak menang!

  1. Kalau nasib korang baik, boleh dapat Hadiah Utama bernilai RM 5,000. Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cepat bertindak! Ada seorang pemenang setiap bulan sepanjang kempen tau.
  2. Kalau tak dapat Hadiah Pertama, Hadiah Kedua pun ada. Korang boleh menang baucar Habib Jewels bernilai RM 1,000. Bolehlah nanti, buat surprise dekat isteri atau mak korang kan. Untuk hadiah ni, akan ada 2 orang pemenang setiap bulan sepanjang kempen.
  3. Ada lagi hadiah? Syoklah kalau menang Hadiah Saguhati berupa Petronas Gift Card bernilai RM 100. Hadiah ni, bolehlah korang buat belanja minyak dekat Kedai Mesra atau pam petrol kat Stesen Petronas. Yang bestnya ada 100 pemenang setiap bulan sepanjang kempen.

Untuk pengetahuan korang, kempen ni berlangsung dari 15 Mei sehingga 31 Ogos 2019. Kalau korang dah terlepas tarikh awal tu, jangan lah bimbang. Sebab korang ada lagi peluang untuk sertai bulan ke 2 dan ke 3 kempen tu.

Kalau yang takde Kad Kredit CIMB PETRONAS atau Kad Kredit CIMB Platinum-i lagi, korang boleh mohon sekarang sebab setiap permohonan kad yang diluluskan akan dapat 10 penyertaan untuk peluang menang dalam kempen ni. Lagi syok!

Memang berbaloi-baloi lebih-lebih lagi korang pemegang pemegang Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum, Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i atau Kad Kredit CIMB Platinum-i dengan pula baru saja habis sambutan Hari Raya Aidilfitri awal bulan haritu. Jadi, korang boleh lah terus kumpulkan penyertaan bila nak sambut Hari Raya Aidiladha pada bulan Ogos nanti ye.

2. Rekod Perbelanjaan Bulanan 

Rekod perbelanjaan bulanan korang dan sentiasa awasi belanja korang sebelum dan selepas raya. jangan lupa untuk utamakan pembayaran wajib dahulu seperti kereta, gadai janji, bil, sewa semuanya sebelum korang terlajak membelanja.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen Balik Kampung CIMB, anda boleh sahaja melayari CIMB Bank dengan menekan link ini.



Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang