Siakap Keli
Gambar: Nurul Erwani

Detik Paling Dinanti Seluruh Rakyat Malaysia, Ibu Ainul Umum Hari Ini Hari Terakhir Di London

Akhirnya, setelah sebulan berada di bumi London, Ainul Mardhiah bakal pulang ke tanah air. Sebelum ini, Ahmad Safiuddin ada berkongsi di laman Facebooknya tentang persiapan yang dibuatnya serta keluarga untuk pulang ke Malaysia. Isterinya, Nurul Erwani menyatakan bahawa anak mereka itu akan menyambung proses di Malaysia.

Perkembangan ‘Buah Hati Malaysia’ ini sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Lalu kepulangan ini pastinya menjadi satu perkara yang terindah bakal berlaku.

Semalam, Safiuddin telah memuatnaik hantaran ringkas yang menjadi teka-teki kepada netizen tentang maksud di sebaliknya.

“Dah ready ke kakak?”

Hantaran berkenaan tentunya mendapat pelbagai reaksi dan kata-kata semangat yang mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.

 

Namun pagi ini, ibu Ainul Mardhiah pula memuatnaik di story Instagramnya yang seolah-olah menjawab persoalan semalam.

Gambar: Nurul Erwani

Katanya:

“Alhamdulillah. Sebulan lebih di Kota London. Harini terakhir di Slondon, terasa sangat sayu.”

“Nurse semua jumpa Ainul dan beri wish pada Ainul. Semoga kita berjumpa lagi semua. Insyallah kita pasti akan datang semula ke London.”

Sumber: Nurul Erwani

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.