Siakap Keli

Didakwa Bunuh Abang Dan Bungkus Dalam Plastik, Pasangan Kekasih Ini Direman

Semalam heboh diperkatakan tentang insiden duka di mana seorang adik tergamak membunuh abang sendiri dan membungkusnya di dalam plastik. Remaja perempuan bersama teman lelakinya itu kemudian meletakkan mangsa di belakang sebuah rumah kosong.

Berikutan tragedi berkenaan, Sepasang kekasih itu direman enam hari bemula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, Jumaat lepas. 

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Nurul Hidayah Ismail untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek perempuan berumur 14 tahun, yang juga adik mangsa, dan teman lelakinya berusia 15 tahun tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap pada pukul 8.30 pagi dari ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Taiping di sini.

Kedua-duanya ditahan kira-kira 4.25 petang semalam di rumah masing-masing dan mengaku membunuh mangsa.

Sumber: Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.