Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lepas Bersara Sebagai Penjawat Awam, Ini 7 Perkara Tentang Pencen Yang Wajib Anda Tahu

Nampak seperti tarik nafas lega teapi ramai yang terlepas pandang apabila anda sudah bergelar orang ‘pencen’. Bagi orang Melayu, pencen membawa maksud duduk di rumah, jaga cucu dan boleh berlepak di kedai kopi bersama rakan-rakan pencen yang lain. Erti kata lain, bebas mengatur gaya hidup tersendiri.

Selalunya pencen digunakan oleh orang kerajaan. Mungkin hanya yang bekerja kerajaan sahaja yang faham tentang ini. Tetapi ini bukan sahaja untuk pekerja kerajaan malah orang swasta pun perlu tahu 7 perkara ini. Janganlah anggap ianya tidak penting untuk anda ambil tahu.

Ianya mungkin bukan anda yang bekerja dengan kerajaan, mungkin adik beradik anda, ibu bapa anda, rakan-rakan anda atau juga pasangan anda.

Ini 7 perkara dan soalan yang patut anda ambil tahu.

1. Adakah pencen boleh difaraidkan atau diwasiatkan?

Jawapannya TIDAK. Pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan.

Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988)

2. Apakah faedah persaraan boleh dicukaikan ? 

Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan hanya sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227)
4.Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang penjawat awam itu hilang kelayakan atau faedah bersara?
Terdapat 2 keadaan yang berbeza antaranya;
  1. Letak jawatan
  2. Dibuang kerja

Diingatkan supaya tidak meletak jawatan tanpa mendapat sebarang nasihat daripada Ketua Jabatan.

5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?
Ya. Tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?
Ya. Bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))
Bagi keluarga atau pasangan yang pekerja dalam sektor kerajaan, cubalah ambil tahu serba sedikit mengenai pencen ini. Ianya untuk mengelakkan daripada pertikaian yang berlaku dikemudian hari apabila penerima pencen ini meninggal dunia.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang