Siakap Keli

Pasukan Perubatan Sudah Sedaya Upaya Membantu, Namun Keadaan Kesihatannya Semakin Serius – Public Health

Media sangat berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Melalui internet peranan media menjadi semakin mudah, namun semakin mencabar. Dengan wujudnya internet, sangat membantu dalam proses penyebaran berita dan segala maklumat baru serta lama dengan secepatnya.

Perlu lebih berhati-hati dengan berita palsu yang saja direka-reka dengan tujuan menarik perhatian netizen dan akan menjadi satu isu yang sangat hangat. Hal ini sangat membimbangkan dan berbahaya kerana boleh menghancurkan keharmonian sesebuah negara seperti negara kita Malaysia.

Baru-baru ini dinyatakan dalam media, terdapat seorang pesakit dihebahkan sebagai mangsa pencemaran di Pasir Gudang telah meninggal. Namun sebaran berita yang berkaitan sebenarnya adalah palsu.

Orang ramai serta pihak media dan kesemua pihak dinasihatkan untuk menghormati perasaan keluarga arwah dan elakkan menyebar maklumat tidak sahih.

Berikut merupakan cerita sebenar yang dikongsikan oleh Public Helath Malaysa, berkaitan dengan arwah yang dihebahkan kematiannya berkaitan dengan isu pencemaran Pasir Gudang.

 

SALAM TAKZIAH

Orang ramai, pihak media dan juga lain-lain pihak adalah dinasihatkan untuk menghormati perasaan keluarga arwah serta mengelak menyebarkan maklumat yang tidak sahih/benar.

Untuk makluman, pesakit yang hebahkan sebagai mangsa pencemaran PG merupakan pesakit kronik yang menghidap penyakit darah tinggi.

Arwah telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) kerana mengalami gejala kesukaran bernafas dan batuk selama 3 hari, bengkak di bahagian kaki dan demam selama sehari. (Ini merupakan gejala sesak nafas akibat kegagalan jantung)

Beliau telah dimasukkan ke dalam wad, di mana pemeriksaan mendapati tekanan darah yang sangat tinggi.

Pasukan perubatan yang merawat telah berusaha sedaya upaya memberikan rawatan kepada beliau, namun keadaan kesihatannya menjadi semakin serius dan telah meninggal dunia pada 6 Julai 2019, jam 4.20 pagi dengan penyebab kematian sebagai Decompensated Heart Failure.

Berdasarkan presentasi klinikal, gejala yang dialami serta hasil pemeriksaan/ujian berkaitan telah menunjukkan beliau mengalami kegagalan jantung dan fungsi jantung yang merudum akibat masalah kesihatan yang kronik.

Semakan laporan sediada di HSI Johor Bahru juga mendapati bahawa TIADA rekod yang melaporkan arwah pernah mendapatkan rawatan semasa kejadian di Sungai Kim Kim atau sejak 20 Jun 2019 lalu (iaitu apabila terdapat laporan kejadian pelajar sekolah sesak nafas di Pasir Gudang).

Sekali lagi, bersama sama kita sedekahkan al fatihah kepada mangsa. Hormati keluarga mangsa, hentikan segera penyebaran berita palsu

Sumber: Public Health Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart