Siakap Keli

Pelik, Lelaki Ini Dipercayai Merompak Kedai Serbaneka Siap Pakai Apron Warna ‘Pink’

Beginilah taktik licik seorang penyamun cuba merompak juruwang di sebuah kedai serbaneka di Port Dickson dipercayai memakai apron dan bergaya aneh yang dirakam oleh CCTV di premis tersebut.

Suspek berpakaian sebegini berkemungkinan untuk mengelirukan atau mungkin taktik untuk merompak dengan mudah. Jika anda melihat kelibat suspek dikawasan anda, segera membuat laporan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Daripada gambar tersebut, perompak berkenaan tidak memakai topeng sebaliknya memakai apron dan merompak wang di bahagian tempat juruwang.

Sumber: Info Roadblock Polis/JPJ

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang