Siakap Keli

Selalunya Kita Berkumur, Rupanya Ini Amalan Betul Perlu Dibuat Selepas Gosok Gigi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada antara kita yang pernah kehairanan dan tertanya-tanya ketika menonton cerita Hollywood di mana wataknya memberus gigi tanpa berkumur.

Selama ini, kita telah diajarkan untuk berkumur selepas memberus gigi. Namun tak ramai yang tahu, rupa-rupanya langkah itu bukanlah wajib setiap kali memberus gigi.

Seorang pengguna Twitter, Mlrsya berkongsi pesanan seorang doktor gigi kepadanya yang telah mendapat 16 ribu ulangkicau dan 11 ribu tanda suka di laman tersebut. Berikut adalah perkongsiannya.

Ludah dan basuh bibir sahaja

“Tips baru kalau berus gigi. Jangan kumur-kumur dalam mulut. Doktor gigi kata cara betulnya, lepas kita berus gigi, ludah (tanpa air) dan basuh bibir sahaja. Biar ubat gigi dalam mulut dan selepas 2 minit ia akan hilang sendiri. Saya dah cuba sekali dan betul!”

Hal ini turut diperakui oleh seorang doktor gigi yang ditag di bahagian komen bebenang berkenaan.

Ubat gigi akan hilang sendiri

Sementara itu, ada beberapa pengguna yang membangkitkan persoalan menyatakan amalan itu bertentangan dengan apa yang diajar ketika sekolah. Mirsya berpendapat ianya mungkin disebabkan kanak-kanak lebih cenderung menelan ubat gigi berkenaan berbanding orang dewasa. Logik juga.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu kemestian. Terpulang kepada mana-mana pilihan yang anda selesa. Janji gosok gigi. Penulis dah cuba. Rasanya memang berbeza dan lebih segar.

Sumber: Mlrsya

Amira

Love yourself.