Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Tahu ‘Tragedi Hitam’ MH653 Yang Terhempas Di Tanjung Kupang 42 Tahun Lalu

Mungkin anak muda sekarang tidak tahu, 42 tahun dulu terjadi selain peristiwa yang menyedihkan terjadi pada tahun 2014 lalu di mana kehilangan Penerbangan 370 Malaysia (MH 370) sehingga sekarang masih dalam misteri.

Pesawat penumpang Boeing 777 yang dipercayai hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 mac 2014 dengan 239 penumpang terus kekal misteri oleh seluruh rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan sabahat handai.

Peristiwa yang memilukan pernah terjadi suatu hari dahulu pada 4 Disember 1977 pada pukul 8.15 malam di mana sebuah Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653) adalah pesawat Boeing 737-2H6 telah meletup dan terhempas di Tanjung Kupang, Johor.

Perjalanan penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura ini telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu. Difahamkan, 20 minit sebelum kemalangan terjadi, juruterbang terbabit telah memberi amaran kepada menara kawalan bahawa pesawat Boeing 737 telah dirampas oleh sekumpulan pengganas yang membawa bahan letupan.

Bagaimanapun, selepas dua hari kejadian tersebut, laporan akhbar memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanyalah seorang. Namun segala identitinya tidak ada bukti yang sahih.

Dipercayai pesawat terbabit telah membawa seramai 93 orang penumpang serta 7 anak kapal telah membatalkan untuk mendarat di Subang dan meneruskan ke Singapura. Kemudiannya, bangkai pesawat tersebut dijumpai di Tanjung Kupang, Johor.

Salah seorang penumpang dalam penerbangan tersebut dipercayai Menteri Pertanian Malaysia iaitu Dato Ali Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya iaitu Dato Mahfuz Khalid dan Duta Besar Cuba ke Malaysia. Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K Ganjoor.

Pelbagai masalah yang timbul terutamanya semasa untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka sangat sukar untuk mengenal pasti. Akibat daripada kejadian yang sadis menimpa pesawat terbabit kesemua mangsa dalam keadaan yang hancur. Hasil daripada perbincangan ketua dari pelbagai agama, membawa kata sepakat untuk dikebumikan dalam satu liang lahad di tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bharu.

Hasil daripada siasatan yang dibuat, kotak hitam yang dijumpai itu telah mendedahkan bahawa juruterbang dan pegawai penerbangan telah ditembak oleh perampas beberapa minit sebelum pesawat terjunam di tanjung Kupang.

Rakaman suara telah membuktikan berlaku tembakan sebanyak tiga kali dan juruterbang yang bernama G.K Ganjoor sempat merayu”No, please, don’t” sebelum ditembak. Pesawat yang berada dalam ketinggian 4,000 kaki sedang menurun mendarat di Singapura. Terdapat juga suara seseorang yang mengatakan “You bluff us” sebelum pesawat tersebut menjunam jatuh ke tempat kejadian.

Laporan rasmi itu mengatakan bahawa tiada letupan yang berlaku di atas pesawat namun hanya pesawat itu tejunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan 450 knots dipercayai dipandu oleh seseorang untuk mengawal pesawat itu. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

Sumber : Arkib Negara

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)