Siakap Keli

(Video) Sering Alami Batuk Berdarah, Rupanya Lintah ‘Bersarang’ Di Kerongkong Wanita Ini

Seorang doktor mendapati terdapat seekor lintah menghisap darah dalam kerongkong wanita warga emas selepas dia merasakan sesuatu yang bergerak dan mula batuk yang teruk.  Wanita yang berusia lingkungan 65 tahun itu mengadu bahawa dia merasakan ketidakselesaan di dalam kerongkongnya dan terus berjumpa doktor di Hospital Guiyang, China.

Kebimbangan wanita tersebut yang asyik batuk berdarah akhirnya terbongkar apabila doktor mengesahkan ada seekor lintah yang ‘berumah’ dalam rongga mulutnya.

Paling mengejutkan saiz lintah yang berukuran 1.2 inci berada dalam saluran penafasan semasa menjalangkan proses bronchoscopy.  Imej yang ditunjukan di mana seeokor lintah melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran peti suara.

Bagaimanapun, wantia tersebut terpaksa membuat pembedahan segera kerana ia akan mewujudkan kecederaan yang lebih kritikal sekiranya lintah tersebut dikeluarkan secara terpaksa.

Sumber: Mirror.co.uk, Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang