Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Ustaz Azhar Jelaskan Hukum Cukur Bulu Kening Dan Lukis Balik

Cantik ditafsirkan sebagai sesuatu yang indah, menarik dan mempersonakan. Dan kecantikan sering disinonimkan dengan wanita. Tanyalah mana-mana wanita, semuanya mengimpikan untuk menjadi seorang yang jelita Walaupun mungkin ada yang cuba menafikan, namun jauh disudut hati, siapa yang tidak menginginkannya?

Cantik itu merupakan satu yang subjektif, ia boleh ditakrifkan kepada pelbagai definisi. Ada yang mengatakan bahawa cantik dipandang dari segi penampilan seperti memiliki rupa paras menawan, berkulit putih, bertubuh persis model.

Namun ada juga yang menjelaskan seseorang itu kelihatan cantik tatkala mempunyai pekerti mulia, berbudi bahasa dan bijak. Semua ada hujah masing-masing dan bagaimana pula deskripsi cantik bagi anda?

Sejak tahun awal 2018 lalu, media sosial aktif digunakan sebagai medium untuk berkongsi ilmu kecantikan dan tips solekan. Malah ramai yang bersolek di hadapan kamera telefon bimbit untuk berkongsi teknik solekan secara langsung (live) dengan pengikut mereka. Pelbagai teknik, cara dan ilmu baharu mengenai kecantikan dikongsi untuk diaplikasikan.

Lalu muncul kemusyiklan mengenai hukum mencukur kening dan melukisnya kembali.

Oleh itu, Uztaz Azhar Idrus yang terkenal dengan hujahnya yang sentiasa diselitkan dengan unsur humor tampil untuk menjelaskan kekeliruan mengenai perkara ini. Ini antara petikan video penjelasan beliau.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.