Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: SlashGear)

Airbus Keluar Arahan Minta Semua Syarikat Penerbangan Periksa Sayap Pesawat A380

Syarikat pengeluar pesawat penerbangan terkemuka Eropah, Airbus dikatakan akan meminta semua syarikat penerbangan yang menggunakan pesawatnya, A380 untuk memeriksa keadaan sayap pesawat berkenaan.

Mereka dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana bimbang tentang adanya keretakan pada komponen penting bagi pesawar keluaran mereka tersebut.

Sebelum ini, kesan retakan dilaporkan telah ditemui pada beberapa model pesawat yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Menurut Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah(EASA), kerosakan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih besar kepada struktur sayap pesawat jika tidak dibaiki dengan lebih awal.

Untuk rekod, sekitar tujuh tahun yang lalu, masalah serupa juga pernah dihadapi oleh syarikat berkenaan dan ia mengakibatkan Airbus kerugian jutaan Euro untuk kos membaik-pulih dan servis.

Sumber: Straits Times

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi