Pasukan Polis Hutan atau PPH adalah merupakan salah satu daripada cawangan unit di bawah Polis Diraja Malaysia(PDRM). Unit ini ditubuhkan hampir 70 tahun yang lalu dan kini ia dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am(PGA).
Seperti kebanyakan pasukan beruniform yang lain, majoriti anggota PPH adalah terdiri daripada golongan lelaki. Namun, ramai yang tidak tahu, PDRM pernah menubuhkan satu unit khas untuk wanita iaitu Pasukan Polis Hutan(PPH) Wanita satu ketika dahulu.
Sejarah mengenai penubuhan pasukan ini telah pun dikongsikan oleh laman Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) melalui akaun Facebook mereka baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut satu lagi kiriman mereka yang lain, Platun Wanita PPH ini telah pun dibubarkan pada tahun 1985 dan anggota-anggota platun ini telah diserapkan kepada unit-unit dalam PPH yang lain.
Walaupun unit ini sudah tiada, jasa dan pengorbanan setiap ahli Pasukan Polis Hutan Wanita ini dalam membantu menjaga keselamatan negara kita tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.
Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )