Siakap Keli

“Nenek Bukan Dah Mati Ke Haritu,” Nampak Nenek Basuh Pinggan Lepas Sehari Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kewujudan alam ghaib sememangnya mencetuskan miteri membingungkan buat masyarakat di Malaysia ini, lantaran dunia mistik itu dakwa wujud tetapi terselindung di sebalik pandangan manusia biasa.

Kebiasaannya, misteri ini akan terbongkar dan diketahui oleh sesetengah orang yang mempunyai keistimewaan firasat yang didakwa boleh nampak dunia lain. Mungkin ini anugerah yang diberi oleh Allah SWT untuk merasai dan melihat dengan mata kasar tentang dunia ghaib sebagai satu pengalaman yang luar biasa.

Kisah ini diceritakan oleh seorang pengguna Twitter,Wani Izyan di mana dia sendiri yang mempunyai pengalaman seram ini kerana dipercayai hijabnya sudah terbuka sejak di usia kanak-kanak.

Menurutnya, sewaktu umur 6 tahun dia mempunyai pengalaman berjumpa dengan nenak yang sudah lama meninggal dunia dia kawasan rumah di kampungnya. Menurutnya, susuk tubuh dan gaya nenek tersebut seolah-olah masih hidup. Walaupun ini adalah keistimewaannya melihat dunia ghaib, tetapi ia sangatkan letih malah tidak berbaloi.

Sebenarnya, letih hijab terbuka ni, memang anugerah tapi bila ada masa hang sendiri pun takboleh nak beza mana manusia betul mana sesuatu. Sembang-sembang berkawan, tolong itu ini akhirnya baru tau dia adalah sesuatu bukan manusia.

Wanita ini menceritakan bahawa anugerah ini dikurniakan kepadanya sejak umur 4 tahun sehinggalah sekarang, walaupun sudah berkali-kali pergi berubat tetapi tetap tidak hilang. Masih utuh dalam tubuhnya.

Tugas utama kalau balik kampung akan hantar nasi rumah nenek sebab nenek tinggal asing dari rumah tok.

Tak lama lepas tu, dapat panggilan nenek dah meninggal

Nampak nenek basuh pinggan. sy pun. “Ohh nenek basuh pinggan ingatkan sapa.” Lepas tu fikir. Nenek bukan dah mati ka hari tu. Tapi tadi nenek basuh pinggan (otak budak 6tahun).

Katanya, dia cuba beranikan diri untuk lihat ke luar dari bilik air dan nampak susuk tubuh nenek berbaju Kedah berbunga-bunga sambil senyum ke arahnya. Setelah dari itu, dia pun memberitahu ahli keluarga lain bahawa ‘nenek sudah hidup balik’. Dengan sepantas kilat ahli keluarganya pergi ke arah dapur dan bilik air tersebut.

Ada wey pinggan takcuci dalam sinki. Padahal tok dah basuh semua…

Kewujudan Pancaindera Keenam atau Deria Rasa Keenam (Sixth Sense) ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sama ada kita suka atau tidak. Malahan ianya dipercayai berada dalam tahap tertinggi pada awal usia kehidupan kita, iaitu ketika kita masih kecil dimana dunia anak kecil ini lebih berada dalam peringkat minda bawah sedar (subconcious mind) yang tinggi, semakin kuat deria keenamnya. Walaubagaimanapun sebagai orang Islam, teruskan berdoa untuk sentiasa dilindungi daripada perkara yang tidak diingini.

 

Sumber: Wani Izyan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang