Siakap Keli
Gambsr: Boredpanda

Ramai Pelancong Asing Minta Derma Semata-mata Nak Melancong Satu Dunia

Melancong ke luar negara merupakan salah satu aktiviti menyeronokkan yang menjadi impian setiap orang namun sayangnya ia tak terealisasi oleh semua. Hanya sesetengah sahaja yang mampu pergi melawat dan mengenal budaya di negara luar. Bukan itu sahaja, ramai yang melancong untuk menenangkan fikiran, mencari insiprasi mahupun mencipta memori.

Namun seiiring masa berjalan, ramai yang sudah mengaplikasikan kaedah melancong secara ‘backpacking’. Mereka yang selalunya digelar backpakers ini akan mengembara ke seluruh dunia dengan hanya membawa beg galas dan keperluan yang sangat minimum. Namun setelah lama isu backpakers ini berlarutan, muncul persoalan tentang tingkahlaku golongan ini.

Gambar: HK Free Press

Ternyata pihak berkuasa di beberapa buah negara sudah muak dengan kelakuan mereka dan sekaramng pegawai kastam di Pulau Bali, Indonesia telah menghantar ‘backpakers’ ini kedutaan mereka. Menurut pihak berkuasa:

“Kami telah menyaksikan banyak masalah melibatkan para pelancong dari luar negara, oleh itu, kami akan melaporkan kes berkenaan ke kedutaan supaya mereka (pihak kedutaan) dapat mengambil tindakan yang sepatutnya.”

Gambar-gambar di bawah merupakan antara yang memperlihatkan tingkah laku sesetengah backpakers yang mengambil kesempatan untuk melancong secara percuma. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat  memastikan kontek sebenar disebalik gambar-gambar ini.

[1] Terlihat seorang warga asing yang meminta sedekah untuk melancong, dia duduk berselahan dengan seorang wanita pengutip sampah.

Gambar: Tweeting

[2] Membuat pertunjukan berbahaya untuk mendapatkan wang

Gambar: Zac

Namun apa yang membimbangkan masyarakat adalah ada pihak yang sengaja menipu dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

Terdapat seorang wanita yang meminta wang bersama anaknya dengan mengatakan bahawa mereka telah ditinggalkan oleh sumai beliau. Namun perkara itu ternyata satu penipuan apabila si suami muncul beberapa hari setelah itu.

Satu kejadian yang pernah berlaku di Pulau Pinang di aman seorang pelancong wanita yang mejelaskan bahawa dirinya berasal dari Eropah. Setelah itu, beliau akan memberitahu bahawa bahawa dirinya telah kehilangan kad debit dan memerlukan wang untuk diri serta anaknya. Perkara itu tentunya tidak benar kerana beliau sudah menjalankan penipuan berkenaan sejak tahun 2014 lagi.

Sebenarnya tidak salah untuk pergi melancong ke negara luar. Namun pastikan kena dengan caranya, boleh menjual produk atau kraftangan untuk menampung peberlanjaan asalkan jangan menjadi beban atau terlalu bergantung kepada ihsan orang lain.

Sumber: Boredpanda

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.