Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, Saidi Dollah, 52, yang memegang lampu baton ketika melakukan kerja tersebut, berada di antara lorong kiri dan tengah jalan, dilanggar suspek wanita berusia 42 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shariat berkata mangsa maut di lokasi kemalangan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
“Hasil ujian pernafasan terhadap suspek didapati melebihi paras alkohol yang dibenarkan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.