Siakap Keli

Suka ‘Online Shopping’? Jangan Lupa ‘Update’ Telefon Anda, Ini Alasannya

Telefon pintar boleh dianggap sebagai ‘nyawa’ bagi kebanyakan daripada kita pada hari ini. Tidak tenang rasanya jika ia tiada di samping kita atau kehabisan bateri. Mana tidaknya, hampir segala-galanya boleh dilakukan melaluinya.

Selain digunakan untuk berhubung, sebut sahaja, beli makanan dan minuman, membayar bil mahupun membeli-belah secara atas talian, semua boleh dilakukan hanya melalui sebuah peranti.

Oleh itu, tidak salah untuk kami katakan bahawa transaksi online adalah sangat popular hari ini. Kita hari ini tidak lagi perlu beratur panjang hanya untuk membayar bil atau pergi ke shopping mall bagi mendapatkan baju yang kita mahukan.

Bagi memudahkan dan mempercepatkan transaksi, kita cenderung untuk mendaftar dan menyimpan data-data peribadi dan perbankan melalui aplikasi-aplikasi secara terus dalam telefon kita, contohnya Maybank2u, e-wallet, Boost, Lazada, Shopee dan sebagainya.

Akan tetapi, sedar atau tidak, masih ramai di antara kita yang kurang peka mengenai data-data tersebut turut disimpan dalam peranti kita apabila melakukan perkara-perkara tersebut dan tahap keselamatannya.

Untuk menjamin keselamatan peranti daripada diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, ia tidak memerlukan anda menjadi seorang pakar teknologi pun. Apa yang anda perlukan ialah sebuah peranti yang menerima kemaskini ciri keselamatan secara berterusan bagi memastikan data anda selamat dan dilindungi.

Pada hari ini, sistem operasi yang paling banyak digunakan di seluruh dunia ialah Android. Bagaimanapun, beberapa pengeluar cenderung untuk mengubahsuai sistem Android (custom Android) yang digunapakai sehingga kadangkala mendatangkan beberapa kekurangan.

Antara kekurangan terbesar Android yang telah diubahsuai ialah peranti-peranti yang menggunakannya ialah:

  • Kemaskini selalunya tersedia lebih lambat
  • Kemaskini terhad untuk beberapa tempoh selepas sesebuah model telefon itu dilancarkan sahaja
  • Peranti akan didatangkan dengan banyak aplikasi ‘bloatware’ yang kebanyakannya jarang digunakan oleh pemilik peranti
  • Kemaskini biasanya lebih fokus kepada model kelas atasan sahaja sekaligus menjadikan model kelas pertengahan dan permulaan agak ketinggalan

Perkara-perkara sebigini akan mendatangkan masalah kepada pengguna tanpa kita sedari. Sebagai contoh, peranti kita akan lebih mudah untuk kena ‘hack’ dan data-data kita juga akan terdedah kepada bahaya.

Jadi, bagi membantu dalam menyelesaikan masalah sebegini, pihak Google sebagai pembangun Android telah memperkenalkan inisiatif baru iaitu Android One. Dalam kata mudah, ia adalah Android yang tulen, terus daripada Google tanpa sebarang ubahsuai daripada pengeluar.

Bercakap mengenai Android One, tiada pengeluar lain yang lebih sesuai untuk dijadikan contoh selain Nokia. Mereka telah menggunakan sistem Android tulen ini dalam kebanyakan peranti keluaran mereka selepas diambil-alih oleh HMD Global.

Penggunaan sistem Android One ini membolehkan peranti Nokia menerima beberapa keistimewaan berbanding kebanyakan peranti lain.

Antaranya ialah pengguna akan diberikan sebuah peranti yang bebas bloatware dan aplikasi pra-pasang, sekaligus membolehkan mereka menetapkan aplikasi mana yang ingin digunapakai mengikut keselesaan sendiri.

Tambahan lagi, Nokia memberi jaminan akan ‘melayan’ pelanggan mereka secara sama rata dengan menawarkan kemaskini keselamatan dan perisian bagi semua kelas peranti mereka, tak kira samada anda pengguna Nokia 1 mahupun Nokia 8.

Kemaskini keselamatan ini adalah penting bagi melindungi setiap data milik pengguna dari terdedah kepada bahaya. Ia memastikan sebarang kebocoran dalam sistem keselamatan peranti dapat ditutup daripada serangan penggodam, malware, adware dan sebagainya.

Antara kelebihan lain yang dimiliki oleh Nokia sebagai pengguna sistem Android tulen ini ialah mereka akan menerima kemaskini dengan lebih pantas berbanding peranti dengan sistem custom Android.

Maka, kebocoran ini dapat ditutup dengan lebih cepat sebelum ia disedari oleh para penggodam sekaligus menjadikan keselamatan data-data yang disimpan dalam peranti anda lebih terjamin. Nak guna buat transaksi online pun rasa lagi selamat.

Foto: Nokia

Kesemua model-model Nokia yang dikeluarkan pada tahun 2017 ke atas telah pun menerima naiktaraf kepada Android 9 Pie. Malah, menurut laman Android Authority, mereka juga merupakan jenama terpantas menerima kemaskini tersebut dan memiliki barisan model yang paling banyak menggunakannya.

Tambahan pula, Nokia 7 Plus adalah peranti pertama yang menerima kemaskini Android tersebut pada tahun 2018 dan Nokia 8.1 pula antara model terawal yang tersenarai dalam peranti ujian bagi sistem Android berikutnya, Android Q. Memang laju.

Tak cukup dengan itu, dengan jaminan kemaskini keselamatan selama tiga (3) tahun dan kemaskini perisian selama dua (2) tahun, ia membuatkan sesebuah peranti Nokia itu kekal releven sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun selepas pelancaran. Ini bersesuaian dengan motto mereka iaitu “Nokia Just Keeps Getting Better”.

Apa sebenarnya maksud semua tawaran ini kepada pengguna? Ini bermakna semua pengguna tidak lagi perlu menukar telefon mereka setiap tahun hanya kerana peranti milik semakin perlahan ataupun bermasalah. Boleh guna duit untuk perkara lebih penting.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan telefon baru dengan Android One, Nokia kini sedang mengadakan promosi raya yang menawarkan harga istimewa bagi peranti-peranti mereka.

Untuk perkembangan lanjut mengenai promosi berkenaan, anda boleh mengikuti laman rasmi mereka di Facebook, NokiamobileMY atau anda boleh dapatkannya secara atas talian melalui gedung rasmi Nokia Mobile di Lazada. 

*Harga yang ditawarkan bagi sebahagian model di Lazada dan gedung fizikal adalah berbeza. Harap maklum

Sumber: US News, Business APAC, Android Authority, Nokia Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi