Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Liturgy Guy)

”Sumpah ‘Awkward’ Gila…”, Dapat Tahu Cuma Anak Angkat Lepas 23 Tahun, Kisah Gadis Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jalan hidup setiap orang berbeza. Ada yang hidup dalam keluarga penuh kasih sayang, ada yang membesar dalam keluarga berpecah belah serta ada yang meneruskan liku-liku hidup di kaki lima tanpa keluarga.

Kasih sayang tidak semestinya memerlukan pertalian darah. Ada anak angkat yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan ditatang bagai minyak yang penuh. Namun ada anak kandung yang didera oleh ibu bapa kandung sendiri.

Namun begitu, meskipun menerima kasih sayang yang melimpah ruah, menerima hakikat bahawa diri ini merupakan anak angkat amat menghancurkan hati.

Sedih rasanya apabila menyedari hakikat bahawa selama ini, kita hanya menumpang kasih dalam sebuah keluarga orang lain. Pasti tertanya-tanya mengapa takdirku begini, di mana ibu bapa kandungku dan mengapa mereka berikan aku kepada orang lain. Sedih, kecewa, terasing dan marah bercampur baur.

Inilah yang berlaku kepada seorang gadis berusia 23 tahun yang berkongsi kekecewaannya di laman Twitter.

“Salam semua. Ada sesiapa nak bagi kata-kata semangat? Mama baru jujur aku ni bukan anak kandung dia,” kata The Real Ayun di laman Twitter miliknya.

Menurutnya, pada 26 Januari 1996, seseorang telah mengetuk pintu rumah ibu bapa angkatnya dan menyerahkannya kepada pasangan berkenaan.

“26 Januari 1996. Lepas subuh. Ada orang ketuk rumah mama dan tanya, “Akak nak tak bayi ni? Saya tak mampu jaga.”

Mama dengan daddy cakap nak. Dan bayi itu adalah saya.”

Semuanya terasa berat

“Aku rasa berat nak terima. Tapi dah jangka dari kecil aku ni anak angkat. Sebab naluri.”

Setiap kali gaduh dengan mama masa sekolah rendah dulu mesti cakap, “Adik ni anak angkat mama ke?”

Rupanya betul.

Rasa terasing

“Aku rasa sumpah keseorangan bila selama ni orang yang kau anggap keluarga, sepupu tu semua sebenarnya bukan darah daging kau sebab kau anak angkat.”

Dia juga turut memberitahu bahawa kebanyakan sepupunya yang berusia 35 tahun ke atas sudah mengetahui hal tersebut tetapi merahsiakan hal itu daripadanya.

Kekok untuk bertemu keluarga

Masih berharap ini semua mimpi

Tetap sayang

“Saya sayang mama dan daddy sangat-sangat walau apa pun.”

Sumber: The Real Ayun

Amira

Love yourself.