Siakap Keli
Gambar: CNN & Twitter

Tular Cabaran #Ice-CreamChallenge, Pusat Beli-Belah Sampai Kunci Peti Ais Elak Orang Makan Aiskrim Tak Bayar

Tanda palang ‘Ice-cream challenge’ sememangnya sudah mewarnai laman media sosial antarabangsa sejak bulan lepas lagi. Ianya merupakan cabaran di mana seseorang perlu memakan ice-cream di kedai tanpa perlu membayarnya dan kemudian letakkan semula aiskrim berkenaan di dalam peti ais.

Banyak video, terutamanya di laman twitter yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab terbabit dan lebih menyedihkan apabila cabaran itu disahut oleh ramai pihak. Malah tanpa segan silu, mereka merakamnya dan memuatnaik video tersebut untuk tontontan awam.

Namun di antara semua video terbabit, ada seorang yang ‘tertangkap’. Beliau adalah seorang gadis remaja yang menjilat aiskrim dari peti ais dan meletakkannya semula. Video gadis tersebut tular dan menimbulkan rasa kurang selesa masyarakat akan tindakkannya itu. Bahkan, perlakuannya itu turut dilakukan oleh seorang lelaki.

Gambar: Twitter

Walaupun lelaki itu menyatakan bahawa beliau telah membayar harga aiskrim setelah itu, beliau tetap ditahan polis dan masih dipenjarakan sehingga hari ini.

Berikutan insiden berkenaan, ramai pengusaha kedai serbaneka berasa bimbang akan kejadian tersebut bakal berulang kembali. Oleh itu ada di antara mereka yang bertindak mengunci peti ais untuk mengelakkan sebarang risiko. Perkara itu turut dikongsikan oleh netizen di laman twitter.

Ciapan terbabit telah mendapat pelbagai reaksi dan komen dari masyarakat yang tentunya tidak berpuas hati dengan tindakan tidak beretika mereka yang terlibat. Setitik nila rosak susu sebelanga, tingkahlaku mereka yang menyahut cabaran #icecreamchallenge ternyata memberi kesan negatif kepada semua pihak.

Sumber: CNN , New York Times & Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.