Siakap Keli
Gambar Hiasan

“15 Ribu tu Dua Tahun Kumpul, Berpanas Berhujan,” Nak Nikah 20 Julai Ni, Lelaki ‘Frust’ Jumpa Video Intim Tunang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika hubungan sudah dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, siapa sahaja yang tidak mahu ia berakhir dengan perkahwinan. Namun, kadang-kala dugaan datang melanda, kesetiaan yang diharapkan dari pasangan rupanya dibalas dengan kecurangan.

Seperti perkongsian oleh seorang lelaki ini yang menyentuh emosi ramai. Bayangkan, lagi 10 hari untuk disatukan dengan insan yang dicintai, dia menerima satu tamparan hebat apabila gadis yang ingin dikahwininya bukanlah seperti yang disangka.

Lebih meruntun hati, segalanya telah dikorbankan dalam usaha menghalalkan gadis tersebut. Hantaran yang dminta bukan sedikit malah melebihi kemampuannya yang hanya bekerja biasa. Terkelu lidah kami, ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

Kenal dari zaman sekolah

Aku kenal awek dari zaman sekolah. Dua tahun dah bertunang dan kami rancang berkahwin 20.7.2019.. Duit hantaran 15k semua dah serah pada pihak perempuan. Baju pelamin semua dah tempah..

Ada orang kirim ‘video’

Aku memang jenis tak sentuh perempuan kecuali halal. Dan baru-baru ni. Ada seseorang kirim video tunang aku melakukan hubungan se*s dengan seorang lelaki yang aku kenal. Dan aku tak boleh kawal perasaan min. Aku rasa nak bnuh diri. Sebab video tu adalah video baru. Dalam mereka melakuakan benda tu. Kami sudah pun bertunang.

Hati aku hancur berkeping-keping

Sekarang tunang aku buat selamba je bila jumpa aku. Dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Dia layan aku manja seperti biasa.. Aku tak tahu nak buat apa. Hati aku bagaikan hancur berkeping-keping. Aku rasa baik aku mati je min. Aku dah tak sanggup hidup dalam dunia yang penuh dusta macam ni..

Pergi kerja naik motor, tahan lapar makan biskut kering

15k tu dua tahun aku kumpul. Aku sanggup kerja pakai motor sebab nak jimat minyak. Berpanas berhujan, aku tahan lapar. Di tempat kerja aku bawa biskut kering je. Biskut tu lah lauk tengah hari aku dan aku bertahan dengan biskut tu sampai malam aku balik kerja..

Salah aku terlalu sibuk cari duit

Aku tak mampu nak marah tunang aku. Sebab salah aku juga sebab terlalu sibuk cari duit sampai abaikan dia. Bila dia whatsapp kadang-kadang berjam baru aku reply sebab aku kerja kuli bangunan. Aku tak boleh fokus bila terlalu main hp.

Menangis di setiap sujud

Ya Allah aku rasa lemah. Aku menangis di setiap sujudku.. layak kah aku diperlakukan seperti ini? Memang inikah nasibku ya Allah? Maaf sambil menaip ni tangan aku terketar-ketar. Tak sedar air mata mengalir..

Kad kahwin sudar diedar

Kalau aku tak teruskan perkahwinan ni.. keluarga aku mesti malu. Kad kawin pun sudah di edar. Allah Allah..

Sementara itu, rata-rata netizen mengutarakan pendapat yang sama agar lelaki berkenaan menarik diri daripada berkahwin dengan gadis tersebut.

Malah, seorang peguam turut tampil memberi cadangan untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah supaya lelaki berkenaan dapat menuntut ganti rugi pertunangan. Apa pun, diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan semua pihak.

Kes ini boleh bawah ke mahkamah syariah – Peguam

Tunjuk bukti dan jumpa mak ayah dia

Allah tunjuk perangai sebenar tunang sebab Allah nak jaga zuriat daripada dilahirkan oleh wanita sebegitu

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Masih belum terlambat untuk tarik diri

Sumber : Luahan Orang Bujang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.