Siakap Keli
Foto: @Nnazuan

(Video)”Baru Nak Joget Sama-Sama, Suami Dah Sampai”, Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

Apabila ada sahaja majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis makan malam, sudah pasti ia dijadikan peluang untuk seluruh ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Lazimnya, setiap keluarga besar, sudah pasti akan ada seorang dua yang ‘masuk air’ dan kelakuannya sering menghiburkan ramai.

Begitulah yang dapat dilihat dalam satu video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama Nnazuan(@Nnazuan) di platform media sosial tersebut baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, dapat diperhatikan dua orang wanita sedang bernyanyi duet dalam satu majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan ahli keluarga mereka.

Namun, secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berdansa di hadapan mereka dan ia membuatkan orang ramai bersorak gembira.

Akan tetapi, sedang beliau asyik menari, datang seorang lelaki lain dipercayai suami kepada salah seorang wanita yang sedang menyanyi di belakangnya.

Foto: @Nnazuan

Sebaik menyedari kehadiran lelaki itu, beliau terus lari meninggalkan ‘lantai’ tariannya. Tindakan kedua-dua lelaki itu hanya sekadar gurauan dan ia telah menyebabkan hadirin lain terhibur.

Video tersebut menjadi tular apabila telah menerima lebih 6500 retweet dan 4200 tanda suka. Netizen juga ternyata terusik dengan gelagat keluarga ini.

Foto: @Nnazuan
Foto: @Nnazuan

Tidak kurang juga ada yang gembira melihat kebahagiaan dan keakraban keluarga lelaki ini.

Foto: @Nnazuan

Diharapkan mereka sekeluarga dan keluarga kita semua akan terus diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan.

Sumber: Twitter @Nnazuan

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.