Siakap Keli

“Benda Tu Pandang Aku, Terketar Suara Dah Tak Keluar Dah Ni” Meremang Bulu Roma, Pemuda Kena Ganggu Dekat ‘Mall’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selain kita, manusia, dunia ini menjadi ‘kediaman’ bagi pelbagai makhluk lain samada boleh dilihat dengan mata kasar seperti haiwan dan tumbuhan ataupun tidak boleh dilihat seperti jin dan syaitan.

Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai kewujudan alam ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan kerana ia merupakan sebahagian daripada rukun iman. Namun begitu, kita diingatkan agar tidak tunduk ketakutan kepada mereka.

Seperti manusia, jin juga mempunyai kelompok yang baik dan jahat. Golongan yang jahat inilah yang gemar menakut-nakutkan manusia di samping menyebabkan perpecahan melalui sihir dan sebagainya.

Seorang pengguna Twitter, Farhanalys97 berkongsi pengalaman ‘disakat’ oleh makhluk tersebut di sebuah pasaraya di Klang – tempatnya bekerja.

Menurutnya, pasaraya yang dikatakan dibina di atas bekas tapak perkuburan itu pernah terbiar lama sebelum ini dan setelah dibuka, ia kurang mendapat sambutan melainkan pawagamnya sahaja. Tambahnya lagi, pasaraya tersebut juga pernah digemparkan dengan kes kematian beberapa tahun lepas.

“Antara tingkat yang keras tingkat 3 surau perempuan. Yang paling teruk tingkat 7. Tak ramai orang parkir sampai tingkat 7 ni sebab kalau parkir pun lepas Maghrib pastikan kereta dah kena turun bawah. Kalau tak memang seram la nak ambil balik.”

“Kau bayangkan kereta kau seorang je yang ada dekat tingkat 7 tu dan dah pukul 11 malam. Lain macam rasa dia gelap. Lampu pun samar-samar je. Tingkat 7 ni paling keras sebab banyak kes bunuh diri dan bunuh kat atas ni.”

Walaubagaimanapun katanya, kes tersebut tidak diheboh-hebohkan.

Kisah bermula..

Farhan berkata, pada malam tersebut dia naik ke lot parkir tingkat 7 untuk menghisap rokok sambil menunggu rakannya berkemas untuk pulang.

Sedang melayan perasaan, dia terbau sesuatu yang pelik secara tiba-tiba. Tanpa menghiraukan bau tersebut, dia terus berlagak seperti biasa dan bermain telefon ketika tiba-tiba dia berasa seakan-akan bahunya dipegang seseorang.

Seram dan cuak, Farhan terus menuju ke ruang tempatnya bekerja namun mendapati semua rakannya telah pulang. Bersendirian, dia tanpa melengahkan masa terus mengambil barangannya dan bergerak pulang.

Tidak semudah itu, dia berasa seolah-olah diekori oleh sesuatu setelah mendengar bunyi tapak kaki yang menapak dengan kuat di belakangnya. Bagi menghilangkan rasa takut, dia membuka telefonnya.

 

Masuk sahaja ke dalam lif, dia terus menekan butang G untuk ke ruang parkir motosikal seperti biasa. Namun perjalanan lif dirasakan terlalu lama.

Dalam kekalutan itu, lif yang sedang bergerak tiba-tiba berhenti di tingkat 3.

Setelah berkali-kali menekan butang lif, pintu yang tadinya tertutup akhirnya terbuka.. Dalam keadaan gelap gelita, Farhan cuba menutup kembali pintu lif tetapi tidak berjaya. Dia akhirnya membuat keputusan untuk turun melalui tangga.

“Kenapa tak sampai-sampai..”

Farhan yang sudah letih berasa hairan kerana dia tetap tidak sampai-sampai ke bawah walaupun sudah lama menuruni tangga.

Sudah lama menuruni tangga, rupanya baru sampai di tingkat 2. Farhan akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki lif kembali. Tapi keadaan menjadi lebih menyeramkan buatnya..

“Dia pandang aku dari jauh dan semakin mendekat..”

“Pengawal keselamatan nasihatkan supaya jangan berjalan berseorangan melebihi pukul 10 malam..”

Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang gangguan makhluk tersebut.

Sumber: Farhanalys97

Amira

Love yourself.