Siakap Keli
Foto: Sabah FA

Akhiri Kemarau 23 Tahun, Sabah FA Dinobat Sebagai Juara Liga Perdana Malaysia 2019

Masih berbaki 2 perlawanan, Sabah FA akhirnya menamatkan kemarau 23 tahun setelah mencatat nama sebagai juara Liga Perdana Malaysia 2019. Skuad Tembadau itu mencatat kemenangan 2-1 dalam perlawanan menentang UiTM yang berlangsung malam tadi di Stadium Tertutup UiTM, Shah Alam.

Dipisahkan 7 mata dengan Johor Darul Ta’zim II yang tewas ditangan Negeri Sembilan malam tadi sudah cukup untuk menjulang anak-anak buah Jelius Ating sebagai Juara Liga Perdana musim ini.

Pada perlawanan sebelumnya menentang JDT II di Stadium Pasir Gudang, Sabah FA mengesahkan tempat ke Liga Super untuk musim 2020 selepas menewaskan pasukan dari selatan itu dengan jaringan 0-1.

Sabah FA mengulangi kejayaan pada tahun 1996 apabila menjadi juara Liga Perdana bagi tahun tersebut dan selepas 23 tahun berlalu, akhirnya Sabah kembali bangkit membuktikan mereka masih mampu bersaing dalam kancah Liga Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pasukan Sabah FA dan selamat maju jaya di saingan Liga Super 2020 nanti.

Sumber: MFL/Sabah FA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)