Siakap Keli
Gambar: Saja Heboh

Jangan Buat Main, Sains Disebalik Goreng Ikan Wajib Tahu Kalau Nak Ikan Rangup Diluar, Lembut Didalam

Menyediakan juadah untuk dinikmati seisi keluarga kebiasaannya digalas oleh seorang surirumah yang berstatus isteri ataupun ibu. Ikan goreng sentiasa menjadi hidangan pilihan kerana keenakkannya dan mudah untuk disediakan.

Namun, tidak semua surirumah pandai menggoreng ikan dengan betul. Siapa sangka, walaupun hanya menggoreng ikan, ia mengambil berat beberapa faktor seperti jenis ikan, kesegarannya , kawalan suhu dan juga cara memasak.

Jangan anda tidak tahu, menggoreng ikan juga mempunyai sains disebaliknya. Perkara ini telah didedahkan oleh seorang wanita menerusi laman Facebook miliknya. Jom baca.

SAINS DI SEBALIK IKAN GORENG

Semalam ramai yang ‘up’ lauk ikan goreng. Mesti ramai otai-otai memasak yang pakar dalam mengoreng ikan berkat pengalaman.

Semua di sini mesti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan juga kawalan suhu memasak dan cara memasak.

Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selami sains disebalik menggoreng ikan ini.

Image may contain: food

Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?

Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak. Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali akan menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan untuk menterbalikkan ikan dan sebahagian dari isinya akan melekat pada kuali.

Bagaimana untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali?

Untuk mengelakkan perlekatan antara kuali dengan permukaan ikan, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan (perlanggaran antara molekul minyak yang tidak larut air akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat). Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.

Image may contain: food

Bagaimana untuk mendapatkan isi ikan yang juicy?

Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.

Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur ikatan kimia protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras.

*Semoga bermanfaat 

Teknik mengoreng dan juga keadaan ikan merupakan perkara penting bagi menghasilkan ikan goreng yang baik. Anda sudah pasti tidak mahu ikan goreng yang dijamah berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu, ilmu sains di sebalik ikan goreng ini sangat penting untuk anda praktikkan selepas ini.

Sumber: Fatimah Salim

syafiq halim

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di