Siakap Keli

“Kalau Kau Lapar Bagitau Aku,” Duit Hilang, Tak Cukup Beli Makanan, Pelajar Terharu Kawan Buat Sumbangan

Sebagai seorang pelajar yang jauh daripada ibu bapa dan keluarga, masalah kewangan merupakan situasi biasa yang dialami oleh kebanyakan pelajar. Apa tidaknya, pelbagai bayaran perlu dilangsaikan termasuk mencetak laporan serta kerja luar.

Ada juga terpaksa menahan lapar sampai ke hujung bulan sementara menantikan biasiswa bulanan. Perkara ini banyak berlaku di mana-mana institusi pengajian.

Namun, lega rasa hati bila ada rakan-rakan yang prihatin dengan keadaan yang menimpa diri.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tindakan pelajar ini yang meminta ‘sumbangan’ daripada rakan pelajar lain membuahkan hasil apabila menerima stok makanan yang tidak terjangka.

Namun, apa yang lebih penting ialah sikap prihatin dipamerkan oleh rakan-rakan yang tak sampai hati melihat sahabatnya itu mengikat perut.

Namun begitu, terdapat segelintir warganet yang melihat bantuan tersebut dalam sudut yang negatif dengan anggapan bahawa pelajar ini mempunyai banyak pilihan berbanding meminta derma daripada rakan-rakannya.

Menjawab persoalan daripada warganet, pelajar ini memaklumkan dia sudah tidak mahu menyusahkan ibu bapanya kerana baru sahaja diberikan duit belanja.

Disebabkan tuntutan komitmen serta kos sara hidup yang tinggi, duit yang diberikan oleh ibu bapa semakin berkurangan menyebabkan pelajar ini berada dalam situasi sukar. Lebih memeritkan, dia kehilangan duit sebanyak RM100 yang diberikan oleh ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, perkongsian ini dapat menjelaskan bahawa terdapat golongan-golongan yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Selain itu, kita perlu sedar bahawa ujian yang dihadapi datang dalam pelbagai cara. Begitu juga dengan rezeki yang kita kecapi sekarang, ia juga datang daripada pelbagai sumber. Setiap bantuan yang kita hulurkan pastinya akan dibalas oleh Allah SWT dalam pelbagai bentuk.

Menerusi perkongsian tersebut di dalam Twitter, rata-rata rakan dan juga warganet memberi sokongan moral terhadap pelajar ini untuk menghadapi permasalahan yang sedang dihadapi.

“Kalau ada masalah bagitau ja. Kita dah lama kan kawan”

“Tak payah peduli kata-kata negatif orang. Apa-apa pun selamat berjaya untuk peperiksaan akhir”

Sumber: Nadhirahnazriy

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa