Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan via capitalfm

“Kat Rumah Abah Selalu Buat Pada Mama,” Jangan Ambil Mudah Tingkah Laku Anak Tiru Aksi Mesra Ibu Bapa

Pada usia yang muda, kanak-kanak mudah terdedah kepada unsur-unsur negatif yang dilihat dengan matanya sendiri. Menerusi pengalaman itu, kanak-kanak tidak akan teragak-agak untuk meniru aksi yang dilihat.

Perkara ini tidak dapat disangkal lagi berikutan banyak pihak yang tampil menyuarakan pengalaman dan kekesalan mereka terhadap masalah ini. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi, ramai ibu bapa yang tidak sedar dan ambil peduli mengenai isu tersebut.

Semalam, saya berkongsi kisah anak-anak di tadika yang melucah. Bila isu berkenaan dipanjangkan kepada ibu bapa, mereka hanya buat endah tak endah. Katanya, budak kecil lagi, tak tahu apa-apa.

Tanpa saya sangka, di ruangan komen, satu demi satu cerita yang dikongsikan oleh rakan-rakan facebook.

Awak bacalah. Sambil baca, sambil urut dada ya.

Selagi bersepah mak bapak yang tak sedar dan ambil peduli betapa seriusnya isu ini, selagi tu saya akan lambakkan kisah-kisah begini.

Dah lah tak pernah cerita apa itu sentuhan selamat sentuhan tak selamat, ajar apa itu private part, ajar anak bagaimana nak beri respon kalau ada individu cuba sentuh, pegang atau raba bahagian private.

Yang mereka tahu, bagi anak handphone. Lantak kaulah nak jadi apa nak. Yang penting jangan kacau mak abah ni.

Nak salahkan siapa?

Awak tahu jawapannya kan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

Kisah-kisah seperti yang dikongsikan di atas jelas menunjukkan masalah ini bukan lagi perkara yang kecil dan tidak boleh dipandang remeh oleh semua ibu bapa. Kanak-kanak sememangnya golongan yang mudah untuk menyerap perkara baru hanya melalui pemerhatian mereka, oleh itu tidak hairanlah sekiranya mereka meniru perlakuan mesra ibu bapa di rumah bersama rakan lain.

Pihak ibu bapa dan penyelia pusat-pusat penjagaan kanak-kanak seperti tadika perlu berkerjasama bagi menguruskan masalah ini supaya tidak menjadi lebih parah pada masa akan datang.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa