Anak syurga Adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau lebih dikenali sebagai hydrocephalus yang di rawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah meninggal dunia pada hari ini.
Difahamkan sebelum ini adik Nur Umairah mengalami penyakit ini sangat teruk dan menyebabkan kepalanya menjadi terlalu besar disebabkan terkumpul air pada bahagian otak. Ini menyebabkan segala pergerakkan Umairah terbatas dan terpaksa terlantar di atas katil.
Lebih menyayat hati lagi, pada usia seawal umur 8 bulan, Adik Nur Umairah hanya mampu bermain sambil bergelak ketawa dalam keadaan terbaring kerana kita sedia maklum pergerakannya sangat terbatas.
InnalillahiwainnalillahirajiunAnak Syurga Kami NUR UMAIRAH JANNAH BT ABDUL MUHAIMIN telah kembali menemui penciptaNYA sebentar tadi.Rehatlah sayang… 😭😭😭
Posted by SweetDhuha on Wednesday, 10 July 2019
Sumber: Sweet Dhuha