Siakap Keli

Pelik, Misteri Pembuangan Plastik Berisi Najis Manusia di Flyover Roxy

Yarto yang ingin meletak motosikalnya di sekitar persimpangan Jalan Kyai Tapa, tepat di bawah flyover Roxy yang mengarah ke Grogol, Jakarta Pusat. Dengan tiba-tiba sebuah plastik jatuh dan isinya terkena pada punggung lelaki berusia 52 tahun itu.

Pemandu teksi motosikal terekjut melihat isi beg plastik tersebut yang merupakan najis manusia.

“Saya baru nak parkir motosikal pada masa itu, tiba-tiba saya terkejut apabila punggung saya dilempar plastik berisi najis dari atas.” Kata Yarto ketika ditemui oleh CNN Indonesia di lokasi pada Selasa lepas.

Yarto terus berpaling ke arah flyover dimana asal plastik itu dilemparkan, namun dia sukar untuk mengenal pasti sumber. Dia hanya mendengar bunyi motor berlalu pergi.

Yarto masih merasa jijik ketika menceritakan kejadian itu.

Insiden itu sebenarnya berlaku tiga bulan yang lalu. Akibat daripada kejadian itu, Yarto mematikan niat untuk mencari penumpang dan bergegas pulang awal.

Tidak itu sahaja, malah kejadian membuang beg plastik berisi najis itu, selalu berlaku di laluan lorong Roxy.

Madun, peniaga beg tangan di sekitar tempat kejadian memberitahu, dia sering melihat beg plastik berisi najis yang dibuang. Menurutnya, kejadian itu sudah berlaku sejak tahun lepas. Orang yang lalu di bawah jambatan itu pasti akan jadi mangsa.

“Memang ada orang yang suka melempar dari atas flyover itu, dan sering melempar beg plastik berisi najis, dan tempatnya sentiasa disana.” tambah Madun.

Dia berkata lagi, bahawa tindakan itu tidak menentu. Kejadian selalunya akan berlaku ketika flyover dalam suasana sunyi. Penduduk juga mengalami kesukaran untuk mengejar pelaku yang segera melarikan diri.

Mangsa yang terkena najis buangan tersebut adalah berbeza-beza. Daripada pemandu teksi motosikal, penumpang, pejalan kaki dan juga pengguna kereta.

Saksi lain, Idris juga tampil menceritakan kejadian yang pernah disaksikannya. Idris merupakan peniaga di sekitar lokasi kejadian.

Satu peristiwa mangsa diceritakan, dimana mangsa merupakan pengguna kereta. Cermin belakang kereta mangsa itu pecah kerana dilempar beg plastik yang berisi, bekas botol, kaca, besi dan juga najis. Dia juga menganggap bahawa kejadian itu mengganggu penduduk dan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan RW tempatan.

Herman, peniaga kunci pendua, menyatakan pernah melihat individu yang melakukan kerja membuang beg plastik berisi najis tersebut, namun hanya melihat dari  kejauhan dan wajah pelaku tidak jelas kerana menggunakan helmet.

“Melihat dari segi tubuhnya, dia merupakan orang dewasa, mengenakan jaket hitam dan menggunakan motosikal Revo hitam.” Terang Herman.

Apabila disahkan, Ketua Satpol PP, Arifin DKI Jakarta memberitahu pihaknya tidak dapat memastikan masalah itu kerana hinggi kini belum ada laporan daripada penduduk.

“Setakat ini belum ada laporan mengenai kejadian, dan dalam masa yang sama kami akan membuat pemeriksaan melalui laporan dari penduduk.” Jelas Arifin ketika dihubungi CNNIndonesia melalui telefon.

Sumber: CNNIndonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart