Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pemilik Anjing Dakwa 3 Lelaki Mabuk Culik Dan Rogol Anjingnya Secara Bergilir-gilir

Baru-baru ini, tiga lelaki bertindak tidak berperikemanusiaan menculik dan merogol secara bergilir-gilir dengan seekor anjing peliharaan dengan kejam di kawasan Hathras di Uttar Pradesh, India.

Pemilik haiwan berkenaan berkata mereka mengumpan haiwannya dengan telur sebelum menculik dan melakukan perbuatan tersebut. Kesemua suspek dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurutnya lagi, dia menyedari kehilangan anjingnya spesies Pomeranian itu hilang pada jam 10 malam dan tidak mengesaki apa-apa. Dia kemudiannya menjumpai anjing tersebut selepas semalam tidak pulang ke rumah dalam keadaan cedera para di rumah sewa lelaki berkenaan. Turut mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat perbuatan mereka.

Menerusi rakaman sistem litar tertutup (CCTV), terdapat juga satu kes yang sama berlaku di Chennai di mana seorang lelaki merogol seekor anjing betina yang baru sahaja lahirkan anak sebelum kejadian ini berlaku.

Sumber: Indiatimes

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang