Semua sedia maklum bahawa peminjam PTPTN yang tidak membayar balik pinjaman akan disenaraihitam dalam CCRIS. Kualiti laporan kredit terjejas sekaligus menunjukkan rekod buruk kepada pihak bank. Pastinya kesukaran akan dihadapi sekiranya mereka ingin memohon pinjaman daripada pihak bank terutamanya dalam urusan pembelian kereta dan rumah.
Terbaru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, berita baik diumukan bagi peminjam PTPTN yang disenaraihitam kerana mereka kini boleh membeli rumah pertama.
Peminjam PTPTN yang disenaraihitam kini boleh beli rumah pertama – @zuraida_my pic.twitter.com/I7SfptlRsO
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 10, 2019
Laporan lanjut akan dikemaskini sebentar lagi.