Siakap Keli
Gambar Hiasan

Selain Dari MH370, Ini Antara Tragedi Kapal Terbang Paling Dasyat Terjadi Dalam Sejarah Dunia

Kelap-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya,
Hilang ghaib masih dinanti,
Tetap berharap muncul tandanya,

Lima tahun hampir sudah berlalu, namun hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing masih menjadi tanda tanya. Ghaibnya pesawat penumpang Boeing 777 di Lautan Hindi itu nyata ‘melenyapkan’ sekali 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal.

Walaupun usaha awal mencari dan menyelamat meliputi keluasan 30,000 km2 (12,000 bt2) di Teluk Thailand dan Laut China Selatan, masih tiada jawapan muktamat tentang apa yang terjadi kepada pesawat ini. Malah pencarian pesawat terbabit pernah dikatakan sebagai usaha terbesar dalam sejarah dunia.

Sebenarnya, sebelum ini, banyak kemalangan yang berlaku melibatkan kapal terbang, justeru di sini kami senaraikan beberapa kemalangan terdasyat yang pernah terjadi sepanjang zaman.

[1] Malaysia Airlines Flight MH17

Tidak terhenti setakat itu, satu lagi tragedi menimpa tanah berdaulat ini yang melibatkan pesawat MH17. Penerbangan antarabangsa yang dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai telah terhempas berhampiran Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan Rusia.

Peristiwa 17 Julai 2014 itu pastinya tersemat dalam ingatan masyarakat apabila ia didakwa telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki). Lantaran itu, semua 283 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam insiden berkenaan.

Antara serpihan pesawat MH317 yang dijumpai (Gambar: Time)

[2] Turkish Airlines Flight 981

Turkish Airlines Flight 981 merupakan penerbangan berjadual dari Lapangan Terbang Yesilköy Istanbul ke Lapangan Terbang Heathrow, tetapi harus transit sebentar di Lapangan Terbang Orly, Paris. Namun pada 3 Mac 1974, pesawat jenis McDonnell Douglas DC-10 itu terhempas ke Hutan Ermenonville, Paris. Lalu ‘membunuh’ semua 346 orang di atas kapal.

Kemalangan itu terjadi apabila pintu pintu kargo di belakang pesawat tercabut dan menyebabkan letupan yang memutuskan kabel utama (digunakan untuk mengawal pesawat).

Bomba dan penyelamat berdiri berhampiran pesawat Turkish Airline yang jatuh di hutan Ermenonville, utara Paris (Gambar: Ny Daily News)

[3] Japan Airlines Flight 123

Japan Airlines Flight 123 adalah penerbangan domestik Jepun Airlines yang dijadualkan berlepas Lapangan Terbang Haneda Tokyo ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, Jepun. Namun pada 12 Ogos 1985, pesawat jenis Boeing 747SR ini telah mengalami decompression secara tiba-tiba.

Lalu mengakibatkan pesawat terbabit terhempas di kawasan Gunung Takamagahara, 100 kilometer (62 batu) dari Tokyo. Kesemua 542 orang penumpang termasuk 15 anak kapal itu maut. Walaubagaimanapun pada awalnya, setengah dari mangsa sebenarnya masih boleh diselamatkan kerana hanya mengalami kecederaan.

Namun kerana terpaksa menunggu lama pasukan keselamatan, mereka meninggal dunia beberapa jam setelah pesawat berkenaan terhempas. Dipercayai, kejadian tersebut terjadi kerana pihak kerajaan Jepun telah menolak tawaran (operasi penyelamatan) dari Angkatan Udara Amerika Syarikat. Sehingga kini, tragedi ini kekal sebagai antara kemalangan pesawat paling dahsyat dalam sejarah penerbangan dunia.

Gambar: Soda Delka

[4] Bencana Lapangan Terbang Tenerite

Pada 27 Mac 1977, dua buah jet penumpang Boeing 747 iaitu KLM Flight 4805 dan Pan Am Flight 1736 dikatakan telah bertembung di landasan Terbang Los Rodeos (sekarang dikenali sebagai Tenerife North Airport) di pulau Tenerife, Sepanyol. Disebabkan itu, 583 orang terbunuh lalu mencatitkan peristiwa terbabit sebagai antara kemalangan paling dahsyat.

Jika sebelum ini, kami menceritakan kemalangan kapal terbang yang disebabkan oleh faktor teknikal. Namun kali ini ia sedikit berbeza kerana ia didakwa sebagai kesilapan yang dilakukan oleh juruterbang. Ketika itu, kedua-dua pesawat tadi terpaksa menukar haluan mereka setelah dimaklumkan bahawa terdapat bom di kawasan lapangan terbang berkenaan.

Kemalangan yang disebabkan oleh pertembungan dua buah pesawat itu bermula apabila KLM Flight 4805 berlepas tanpa kebenaran yang sah manakala Pan Am Flight 1736 tersalah memasuki lorong perlepasan. Keadaan itu bertambah buruk apabila kabus tebal ‘telah menutup penglihatan’ mereka.

Gambar: News Samed

Rujukan

[1] Zverev, Anton, (2014). “Malaysian airliner downed in Ukraine war zone, 295 dead”. Reuters. Dicapai pada 10 Julai 2019

[2] Balmforth and Alastair Macdonald. (2014).“Ukraine says Malaysian airliner shot down, 295 dead: agency” Dicapai pada 10 Julai 2019

[3] Ranter, Harro. (1974) “ASN Aircraft accident McDonnell Douglas DC-10-10 TC-JAV Bois d’Ermenonville Dicapai pada 10 Julai 2019

[4] Aviation Safety Network. (2009). ASN Aircraft accident Boeing 747SR-46 JA8119 Ueno Dicapai pada 10 Julai 2019

[5] Eugene Register. (1977)  “580 killed in history’s worst air disaster”. Eugene Register-Guard. (Oregon). Associated Press. March 28, 1977. p. 1A. Dicapai pada 10 Julai 2019

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)