Siakap Keli
Gambar: Daily Mail/Harry Minucci

(Video) Menakutkan, Pemuda Terakam Saat-saat Kilat Menyambar Tiang Kapal Layar Hingga Sebabkan Percikan Api

Seorang pemuda, Harry Minucci telah sempat merakam detik-detik mencemaskan ketika kilat menyambar tiang kapal layar rakannya ketika mereka berada di Kelab Kapal Layar Columbia di South Boston pada Sabtu lepas.

Dalam video berkenaan, kapal rakannya bersaiz 40 kaki yang sedang berlabuh di pangkalan kelab itu disambar kilat dipercayai bervoltan tinggi sebelum berlaku letupan kecil menyebabkan percikan api.

Ketika kejadian, pemilik bot berkenaan tiada di atas kapal dan tiada kecederaan dilaporkan. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kerosakan elektrikal berlaku akibat panahan tersebut.

Pada hari tersebut, cuaca dilaporkan berada dalam keadaan buruk dengan hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang melanda pantai timur Boston.

Berikutan itu, National Weather Service (NWS) Boston memberi pesanan kepada orang ramai supaya berlindung di dalam bangunan ketika kilat sabung menyabung.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.