Siakap Keli

“Bagus Biar Mak Bapak Tahu Apa Anak Buat,” Tak Cakap Banyak, Pelajar Ponteng Kena Angkut Naik Lori Polis

Gejala ponteng sekolah dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Ponteng dalam kalangan pelajar merupakan perbuatan yang menyalahi peraturan sekolah dan boleh menyebabkan pembelajaran seseorang pelajar itu terjejas.

Walaupun telah banyak usaha yang dilakukan, gejala ponteng dalam kalangan pelajar sekolah amat sukar untuk dibendung. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang telibat akan menghabiskan masa meraka di kawasan-kawasan bandar dan juga pusat membeli-belah.

Baru-baru ini, tular di media sosial bahawa terdapat sekumpulan pelajar masih berpakaian seragam sekolah yang dibawa menaiki lori polis. Kumpulan pelajar tersebut dipercayai terlibat dengan aktiviti ponteng sekolah dan bersiar-siar di kawasan bandar dan pusat membeli belah.

 

Menurut perkongsian tersebut, pelajar-pelajar yang ditahan akan di bawa ke balai polis yang berhampiran. Kemudiannya, ibu bapa perlu datang ke balai polis untuk menjamin dan membawa pulang anak mereka. Pelajar-pelajar yang ditahan hanyalah bagi yang memakai pakaian seragam sekolah.

Langkah ini dilihat dapat membantu bagi mengurangkan gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Rata-rata warganet juga bersetuju tindakan ini diambil bagi memberi pengajaran kepada golongan pelajar seperti ini.

Sumber: Twitter PendidikMajalah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)