Siakap Keli

(Video)Hari Ini Dalam Sejarah, Tragedi Pembunuhan Umat Islam Beramai-Ramai Serbia Yang Memilukan

Setiap hari pasti ada peristiwa yang berlaku. Kelahiran, kematian, pembunuhan, kehilangan orang tersayang dan peperangan merupakan peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan setiap manusia.

Tanggal 11 Julai 1995 mungkin merupakan detik bahagia sebuah keluarga yang menyambut kehadiran insan baru dalam hidup mereka, namun dalam masa yang sama mungkin menjadi detik hitam bagi keluarga yang lain di zon darurat.

Inilah yang berlaku pada umat Islam di Srebrenica, sebuah bandar di Bosnia Herzegovina di mana ribuan umat Islam dibunuh oleh pasukan tentera Serbia pada masa itu setelah kawasan itu ditawan tentera. Perkara ini telah dikongsikan oleh laman Facebook Cerita Sejarah Kita seperti berikut.

Pada hari ini di tahun 1995, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai umat Islam di sebuah bandar di Bosnia Herzegovina yang bernama Srebrenica. Pembunuhan beramai-ramai umat Islam ini di lakukan oleh tentera daripada angkatan tentera Republik Srpska yang di ketuai oleh Ratko Mladic pada masa itu dan juga pasukan separa tentera “Scorpion” dari Serbia.

Pada mulanya, PBB telah mengisytiharkan bahawa kawasan Srebrenica dan sekitar berada di bawah perlindungan PBB namun pihak PBB telah membenarkan pasukan tentera pimpinan Ratko Mladic untuk memasuki bandar Srebrenica dan mula mengumpulkan kanak-kanak dan orang dewasa lelaki etnik Bosnia beragama Islam.

Pasukan tentera tersebut kemudiannya mula membunuh mereka sebelum mencampak mayat mangsa di dalam kubur-kubur besar. Dianggarkan lebih 8000 orang umat Islam etnik Bosnia telah dibunuh dalam peristiwa ini.

Rangka dan tengkorak mangsa pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica. (Gambar: Spiegel.de)
Tulang belulang mangsa pembunuhan yang dikorek semula dari kubur besar. (Kredit: Cerita Sejarah Kita)
Mata ditutup dan tangan diikat di belakang jelas menunjukkan keadaan mangsa sebelum dibunuh. (Kredit: icty.org)
Lokasi memperingati mangsa-mangsa pembunuhan. (Kredit: Get Your Tour Guide)
Solat jenazah secara besar-besaran bagi mangsa pembunuhan Srebrenica. (Kredit: Cerita Sejarah Kita)

Mari kita ikuti perkongsian salah seorang mangsa yang terselamat ketika perang Bosnia ini.

Sumber: Cerita Sejarah Kita, Frontline, BBC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.