Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Ini Adalah Satu Permulaan Baru,” Fizo Omar Akhirnya Buka Mulut Selepas Lafaz Cerai Talak Satu

Baru-baru ini tular tentang pergelokan rumahtangga pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar bersama isterinya Mawar Karim di cerong sosial media. Perkahwinan yang terbina sejak 6 tahun lalu kini terlerai.

Semua orang tahu, Fizo Omar telah melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Hulu langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi tepat jam 9.55 pagi semalam. Sebelum itu, Mawar telah mengeluarkan satu kenyataan untuk menjaga perhubungan suami isteri.

Terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami.

Menurutnya lagi, Apa yang berlaku antara dia dan Mawar kerana keizinan Sang Pencipta. Walaupun pelbagai usaha yang telah mereka lakukan tetapi tetap bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Baginya, semua orang inginkan kebahagian berumah tangga mesti mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat tapi perancangan Allah lagi terbaik.

Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada CO- PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan keluarga akan bertambah erat.

Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dalam hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri. Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.

Bagi Fizo, dia akan sentiasa mendoakan apa yang terbaik untuk Mawar dan keluarga serta berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada para pengikutnya di Instagram dan peminatnya tentang kebaikan mereka.

Terdahulu, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. Pasangan ini juga pernah mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan untuk memperoleh zuriat.

Turut juga rakan artis yang mendoakan kesejahteraan untuk kedua belah keluarga ini.

“Tak semestinya sera itu bermakna harus saling benci membenci…”

“Kerana Dia Lebih mengetahui…”

 

 

Summer: Fizo Omar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang