Siakap Keli
Kredit: Vulcan Post

”Kami Mohon Maaf”, Rayani Air Nak Buat Bayaran Balik Kepada Pelanggan Terjejas

Pengasas syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Ravi Alagendrran untuk kesekian kali mengumumkan untuk memulangkan wang tempahan tiket pelanggannya secara berperingkat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air Sendirian Berhad itu membuat kenyataan di laman Facebook miliknya pada 9 Julai lalu setelah memaklumkan pemulangan gaji bekas staf yang tertunggak akibat kejatuhan syarikat itu.

Berikut merupakan kirimannya.

Salam sejahtera.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada anda atas sokongan anda kepada Rayani Air selama ini. Sekali lagi kami ingin memohon kemaafan di atas kekhilafan dan kekurangan selama kami cuba memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

Pihak pengurusan Rayani Air akan membuat bayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket secara tunai secara berperingkat. Untuk tujuan itu, anda dipohon untuk menghantar email kepada kami di alamat [email protected] dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

(1) Nama penumpang
(2) Sektor penerbangan
(3) Tarikh dan masa penerbangan
(4) No. penerbangan
(5) Harga tiket
(6) Salinan tiket (sebagai bukti)
(7) No. akaun bank (serta nama pemegang akaun untuk tujuan pembayaran online)

Pihak pengurusan akan membuat semakan ke atas maklumat yang anda berikan dengan rekod jualan tunai syarikat sebelum bayaran balik dibuat.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Ravi Alagendrran
Rayani Air Sdn Bhd

Berikutan menerima respon yang banyak daripada para pelanggan, Ravi memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti setiap emel yang diterima bagi memastikan ketepatan bayaran balik.

Pelanggan Rayani Air yang dihormati,

Susulan daripada pengumuman bayaran balik tiket penerbangan Rayani Air yang telah dibeli secara tunai, kami telah menerima banyak maklumbalas. Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas email anda.

Kakitangan kami sedang meneliti setiap emel yang diterima dan menyemak data rekod syarikat bagi memastikan ketepatan bayaran balik. Pihak kami akan memberikan respon secara berperingkat berikutan lambakan email yang diterima.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Ravi Alagendrran
Rayani Air Sdn Bhd.

Walaupun setelah beberapa tahun dilanda tekanan, usaha memulangkan wang pelanggan secara berperingkat ini patut dipuji kerana ia menggambarkan kejujuran dan integriti pemilik syarikat.

Kepada pelanggan yang terlibat, anda bolehlah hantarkan maklumat anda ke emel yang telah diberi.

Sumber: Ravi Alagendrran

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.