Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kematian Itu Pasti Cuma Masa Saja Tak Tau Bila, Ini 10 Perkara Ibu Bapa Perlu Buat Sebelum Berlaku Apa-Apa Kecemasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesungguhnya segala sesuatu yang berasal dari Allah akan kembali padaNya. Maka, tiada seorang pun yang bakal terlepas dari hakikat yang sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz. Malah, semakin hari, manusia semakin hampir dengan kematian.  Namun tiada siapa yang tahu bila, dimana dan bagaimana caranya.

Justeru, kita sebagai manusianya, perlulah mempersiapkan diri sebaik-baiknya sebagai bekalan ke ‘alam abadi’ kelak. Tetapi, perlu diingat, pemergian kita tentunya akan memberi kesan terhadap orang disekelilin, terutamanya ahli keluarga. Dan disebabkan itulah segala persediaan perlu dilakukan untuk mencegah sebarang kemungkinan.

Seorang pengguna memuatnaik hantaran di Facebook dan berkongsi tentang kejadian yang menimpa keluarganya. Menurutnya, beliaulah yang menguruskan semua hal dan menjaga ketiga-tiga anak arwah.

Saya ingin membuat perkongsian beberapa perkara atas pengalaman sendiri kehilangan kakak dan abang ipar sekelip mata dalam kemalangan jalan raya dengan meninggalkan 3 orang anak kecil yang masih dibawah umur.

Hanya sebagai persediaan kerana kamatian pasti berlaku cuma saat dan masanya sahaja belum diketahui.

1. Jangan rahsiakan apa jua no pin atau password kepada pasangan kita bagi yang berkahwin.

Bagi yang masih bujang tidak salah untuk mempercayai ibubapa atau adik beradik. No pin ATM sangat perlu untuk mengeluarkan duit yang ada kerana setelah mendaftar sijil kematian semua akaun simpanan akan dibekukan bermaksud tidak boleh dikeluarkan.

Andai berjuta sekalipun duit kita di dalam bank, bagaimana waris utk gunakannya sekiranya dibekukan? Waris gunakan untuk meneruskan membayar hutang sekiranya tiada perlindungan insuran/takaful, urusan berkaitan pengurusan harta pusaka. Walau bagaimanapun simpanan tersebut perlu di faraidkan juga. Bukan menjadi hak pasangan. Ingat tu!

2. Senaraikan semua hutang-hutang

Seperti loan rumah, loan kereta, loan penapis air, loan peribadi, kredit kad, hutang rakan2, loan asb dan bermacam2 loan lain) dan beritahu kepada pasangan atau adik beradik lain.

Gambar Hiasan

3. Senaraikan juga aset yang ada (geran tanah, simpanan asb, tabung haji, sspn, pelaburan, kereta, motor, takaful atau insuran dan sebagainya)

Kemudian simpan di dalam satu fail khas. Senarai hutang dan harta yang dimiliki ini sangat penting untuk urusan harta pusaka nanti. Waris yang ditinggalkan akan berasa susah namun kita yang ‘pergi’ ini akan lebih susah dengan hutang yang ditinggalkan andai tidak diurus dengan betul.

4. Sediakanlah Perlindungan Takaful Nyawa walaupun sedikit kerana pampasan takaful tidak akan dibekukan seperti harta-harta lain yang kita ada.

Duit pampasan takaful akan diberi kepada penama terus dan orang lain tidak berhak atas pampasan tersebut kerana diberikan secara Hibah atau hadiah. Duit pampasan tersebut boleh digunakan untuk membayar segala kos urusan harta pusaka, membayar hutang2 yang ada dan sebagainya sebelum harta yang ada dicairkan.

5. Lantiklah perunding harta pusaka sekarang untuk membuat hibah harta-harta yang ada dan wasi yang akan menguruskan segala urusan kita selepas kematian kita.

Hal ini sangat penting sekiranya kita tidak mahu waris naik turun pejabat serta pembahagian harta dilakukan mengikut hukum faraid sebenar.

6. Andai kita waris, sediakan salinan kad pengenalan sebelum diserahkan ke pejabat pendaftaran, sijil kematian, surat beranak si mati, surat beranak anak-anak.

Laporan post-mortem,geran2 dan apa jua dokumen yang telah disahkan. Simpan dalam satu fail dengan rapi dan bawa kemana sahaja untuk membuat segala urusan tuntutan.

7. Pergi ke bank, asb, tabung haji, perkeso, berjumpa ejen takaful, kwsp dan sebagainya untuk menuntut khairat kematian jika ada.

Dapatkan laporan simpanan, kwsp dan sebagainya untuk urusan harta pusaka. Diingatkan lagi sekali, simpanan itu bukan milik pasangan.

Gambar Hiasan

8. Mohon untuk mendapatkan pencen setiap bulan dari pihak socso untuk anak-anak

Sekiranya sedang atau pernah bekerja serta mencarum socso setiap bulan.

9. Waris perlu tahu cara atau wajib bertanya kepada pakar pengurusan harta pusaka berkaitan Faraid.

Hal ini dikhuatiri akan termakan harta anak yatim! Ramai menganggap penama adalah pemilik harta tersebut. Silap ya tuan/puan. Penama hanya orang yang mengurus harta sebelum diagihkan.

10. Sementara masih hidup, buatlah perancangan sesuatu.

Hibahkanlah harta anda, melantik wasi dan ambil perlindungan takaful. Ramai beranggapan mati lama lagi, tiada harta dan sebagainya. Namun kita tidak sedar kematian tidak mengira usia dan anak-anak adalah harta paling besar dalam kehidupan. Berfikir sejenak, siapa dan sumber apa yang akan menguruskan mereka setelah kita tiada?

Sumber: Hassan Kosnan

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.