Siakap Keli
Gambar: Reddit.com

Kenapa Minyak Kereta Lambat Turun Bila Lebih Dari Separuh Dan Cepat Turun Bila Kurang Dari Separuh? Ini Jawapannya

Setiap pemandu kereta sudah pastinya menjadikan jarum minyak yang terdapat di meter bagi setiap kenderaan yang mereka pandu sebagai perhatian utama. Perkara ini supaya mereka dapat menganggarkan sejauh manakah kereta mereka mampu bergerak dan mengelak daripada tersadai di tepi jalan disebabkan oleh kehabisan bahan bakar.

Teknologi berkembang dari semasa ke semasa menyebabkan meter bahan api  berevolusi daripada bentuk jarum kepada digital yang hanya memperlihatkan tahap bahan api tersebut di dalam bentuk amaun dan bar. Namun begitu, pernahkah anda sedar bahawa meter bahan api anda tidak mempunyai ketepatan yang sahih.

Gambar: PanduLaju

Minyak kereta lambat turun selepas diisi?

Ramai yang menyedari bahawa jarum minyak pada meter kenderaan mereka agak lambat untuk turun selepas mengisi minyak. Perkara ini lebih jelas kelihatan sekiranya pemandu mengisi bahan bakar sehingga tangki penuh. Walaupun begitu, perkara tersebut bukanlah kebetulan yang dialami oleh setiap orang, tetapi sememangnya direka khas sebegitu untuk tujuan tertentu.

Jarum minyak yang kekal pada ‘F’ dengan kadar yang lebih lama adalah disebabkan sikap pemandu itu sendiri yang tidak gemar melihat jarum minyak kenderaannya turun dengan lebih cepat. Oleh itu, jarum minyak direka untuk kekal pada tahap ‘F’ dalam beberapa ketika adalah bagi memberi kepuasan kepada pemandu bahawa bayaran yang dikeluarkan bagi bahan api adalah berbaloi. Selain itu, mereka juga akan berilusi bahawa kenderaan mereka dapat bergerak dalam jarak yang lebih jauh.

Gambar: The Gate

Minyak kereta cepat habis bila dah lepas dari separuh?

Selain menyedari jarum minyak lambat turun pada tahap ‘F’, ramai juga pemandu yang menyedari bahawa jarum minyak kenderaan mereka turun dengan lebih cepat apabila melepasi tahap separuh.  Pastinya rata-rata pemandu sudah mula memikirkan stesen minyak yang ingin dikunjungi bagi mengisi bahan bakar tersebut selepas melihat minyak mereka semakin berkurangan.

Perkara ini adalah kerana bagi memberi peringatan kepada pemandu bahawa bahan bakar bagi kenderaan mereka hampir kehabisan. Oleh itu, pemandu dapat bersedia dengan lebih awal dan merancang untuk mengisi bahan bakar kenderaan mereka pada mana-mana stesen petroleum yang paling hampir.

Gambar: LiveAbout

Ramai pemandu yang tidak menyedari bahawa sekiranya jarum minyak mereka berada pada tahap ‘E’, kenderaan mereka masih boleh bergerak sekitar 60 km bagi mendapatkan stesen petroleum yang berdekatan. Namun, enjin kenderaan akan dimatikan secara automatik dengan lebih awal sehingga membuatkan anda tersadai di tepi jalan.

Manfaat daripada perkara ini ialah dapat melindungi enjin kenderaan anda yang berisiko rosak tanpa bahan bakar yang terdapat di dalam tangki. Oleh itu, janganlah terlalu cepat mengeluh sekiranya anda tersadai di tepi jalan akibat daripada kehabisan bahan bakar kerana ianya dapat menyelamatkan perbelanjaan anda sekiranya berlaku kerosakan enjin.

Sumber: Autoblog

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa