Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ketua Daerah Batalkan 850 Perkahwinan Pasangan Bawah Umur Dan Hantar Mereka Semula Ke Sekolah

Nama Theresa Kachindamoto pastinya akan tercatat dalam sejarah apabila berani menguntnama yang akan tercatat dalam sejarah apabila berani mengubah persepsi masyarakat dibawah ‘naungannya’. Beliau merupakan Ketua di daerah Dedza, Malawi sudah muak melihat gadis kecil berusia dalam lingkuan 12 tahun berjalan sambil menggendong bayi mereka.

Lalu, Theresa nekad untuk meminta 50 orang pemimpin dibawahnya menandatangi perjanjian supaya menamatkan perkahwinan kanak-kanak di kawasan berkenaan. Katanya:

“Sama ada anda suka atau tidak, saya mahu semua perkahwinan ini ditamatkan.”

Gambar: UN Nation

Bukan itu sahaja, dia juga meminta para pamimpin untuk membatalkan mana-mana persatuan (dibawah umur) yang sedia ada dan menghantar semua anak-anak itu kembali ke sekolah.

Malah undnag-undang di Malawi telah melarang perkahwinan dibawah usia 18 tahun tetapi kanak-kanak masih boleh berkahwin dibawah Undang-undang Adat di mana ia memerlukan persetujuan kedua orang tua dan diawasi oleh pemimpin (tradisional) di sana.

 

Remaja berusia 16 tahun berkahwin dengan seorang petani di sana (Gambar: Getty)

Theresa juga mengakui bahawa perkara itu sukar dilaksanakan pada mulanya namun orang ramai sudah mula memahaminya sekarang. Beliau menambah bahawa kanka-kanak sepatutnya menimba ilmu di sekolah dan bukannya terbeban melaksanakan segala tugasan di rumah.

Pada bulan Jun tahun itu, beliau telah membatalkan lebih 300 perkahwinan kanak-kanak dan sejak dari beberapa tahun lalu, angka itu mencapai lebih dari 850 buah perkahwinan.

Sumber: Huffpost

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)