Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Masjid Adalah Medan Pupuk Penyatuan Umat Islam, Mesti Bebas Daripada Politik – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah masjid di Perlis mesti bebas daripada politik sebaliknya kekal sebagai medan untuk memupuk perpaduan dan menyemai kasih sayang berlandaskan prinsip ukhuwah Islamiyyah.

Sehubungan itu baginda mahu masjid-masjid dalam negeri Perlis ditabir dan diimarahkan tanpa melibatkan kepentingan parti dan sentimen politik.

“Landskap politik boleh berubah. Parti dan kerajaan peringkat negeri dan persekutuan juga boleh bertukar namun masjid-masjid hendaklah kekal dengan peranannya menyatukan umat Islam,” titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda bertitah merasmikan Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2019 bersempena sambutan keputeraan baginda ke-76 di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Teks titah baginda dibacakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

— LAGI

 

RAJA PERLIS-MASJID 2 (AKHIR) KANGAR

 

Sebelum itu, Rektor Universiti Fatoni, Pattani, Thailand, Dr Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya membentangkan kertas bertajuk ‘Masjid Dalam Perspektif Islam: Manifestasi Kasih Raja dan Ketaatan Rakyat.’

Mufti kerajaan Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula membentangkan kertas ‘Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di Negeri Perlis: Antara Cabaran dan Harapan.’

Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan pegawai-pegawai masjid dan ahli-ahli jawatankuasa kariah supaya sentiasa proaktif mencegah sebarang tindakan mempolitikkan masjid oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Tuan-tuan juga hendaklah berusaha menambah pengetahuan dan mengukuhkan penghayatan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikanunkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis pada 1948,” tambah baginda.

— BERNAMA

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di