Siakap Keli

“Saya Nak Semua,” Orang New York Pun Suka Makan Maggi Kari Malaysia

Apabila bercakap mengenai mi segera, sudah pastinya ramai yang telah menikmati makanan yang sangat mudah untuk disediakan ini. Penyediaannya yang ringkas dan kos yang lebih murah menyebabkan makanan ini sentiasa menjadi pilihan bagi golongan pelajar dan juga bujang. Namun, ianya bukanlah semata-mata dinikmati oleh golongan tersebut, tetapi turut dinikmati oleh pelbagai golongan disebabkan rasanya yang tidak akan mengecewakan.

Maggi Kari merupakan jenis mi segera yang sering menjadi pilihan bagi rakyat Malaysia. Disebabkan rasanya berasaskan kari, ianya tidak mustahil sangat digemari oleh pelbagai golongan tidak kiralah dari kanak-kanak hingga ke golongan dewasa. Menerusi saluran Youtube Xiaomanyc, beberapa warga New York telah diberikan peluang untuk merasai sendiri Maggi Kari Malaysia. Reaksi yang dipamerkan oleh mereka sangat mengagumkan dan mencuit hati untuk diperhatikan.

“Saya mahu mengambilnya semua untuk saya”

Apabila seorang warga New York ditanyakan mengenai perasa Maggi Kari itu, dia berpendapat bahawa tiada sos yang dapat menyamai rasa kuah mi segera tersebut.

“Saya suka kuahnya, tiada sos pedas yang terdapat disini dapat melawan rasanya”

Warga Texas yang dikenali sebagai masyarakat yang meminati makanan berasaskan mi juga memberikan pandangan yang baik terhadap rasa Maggi Kari Malaysia yang dihidangkan kepada mereka.

“Rasanya sangat sedap, saya biasanya letakkan sos pada mi, dan sekarang tidak perlu lagi”

Selain daripada itu, beberapa orang lain yang diberikan peluang untuk merasai keenakan Maggi Kari tersebut juga memberikan reaksi positif. Rata-ratanya kagum dan menyukai keenakan mi segera tersebut sehingga ada yang berhasrat untuk mendapatkannya pada masa akan datang.

“Saya rasa saya akan mendapatkannya”

Sudah jelas, Maggi Kari Malaysia  yang dihidangkan kepada mereka mendapat pujian yang sangat baik. Oleh itu, tidak hairanlah Maggi Kari mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Xiaomanyc

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa