Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Leka Mamah Bangkai, Sekumpulan Jerung Diserang Dan Ditelan Hidup-Hidup Kerapu Gergasi

Sudah menjadi lumrah makhluk hidup di lautan yang mempunyai rantai makanan untuk meneruskan hidup seperti kehidupan yang lain. Walupun mereka hanya makan sesama mereka seperti ikan kecil di makan oleh ikan besar, terutamanya bila kita dengar tentang Ikan Jerung menyerang kehidupan laut yang lain.

Tetapi, sebaliknya dalam sebuah rakaman video oleh para Penyelidik Lautan menujukkan satu kejadian yang penuh kejutan dan aneh dimana segerombolan ikan Jerung ditelan hidup-hidup oleh seekor ikan Kerapu yang bersaiz mega di lautan dalam di South Carolina.

Dalam rakaman video itu menunjukkan segerombolan ikan Jerung berkenaan menikmati seekor ikan paus bertanduk. Paling menyeramkan keadaan mata Jerung-Jerung tersebut dilihat seperti hitam sepenuhnya.

Berlaku detik aneh tersebut di mana seekor ikan kerapu “Wreckfish” keluar dari bawah perut kapal karam berhampiran dengan segerombolan jerung berkenaan.

Kerapu Wreckfish tersebut boleh mencapai berat maksimum 100 kilogram bersamaan dengan 220 paun dan membesar sehingga 75 sentimeter bersamaan 2.5 kaki panjang dengan jangka hayat yang panjang boleh mencecah kepada 70 tahun.

Bagi para penyelidik, ini merupakah satu kejadian dalam sejarah di mana mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana ikan Kerapu wreckfish  mendapatkan makanan dengan memakan ikan yang paling digeruni di lautan iaitu ikan Jerung.

 

Sumber: Insider

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)