Siakap Keli

(Video)Rupanya Banyak Lagu Diserap Dengan Unsur Tajwid Al-Quran, Ustaz Kongsi Rahsia Karya P. Ramlee Ramai Tak Tahu

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (nama sebenar Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh) merupakan seniman yang cukup terkenal sehingga kini. Daripada lagu ditulisnya sehinggalah filem terbitannya, karya seni allahyarham sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari pelbagai generasi.

Sekiranya diperhatikan, rentak dan lagu yang dihasilkan seniman agung itu mempunyai identiti serta getarannya tersendiri.

Dalam video dimuatnaik pengurusan Masjid Bandar Seri Putra, Bangi sempena Ceramah Nuzul Quran pada 21 Mei yang lepas, penceramah jemputan, Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin telah mengupas rahsia di sebalik keindahan irama dan bait lagu dihasilkan seniman P. Ramlee.

“Kenapa lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sedap sampai sekarang? Orang buat kajian. Rupanya sebab dia baca ikut tajwid.”

Beliau kemudiannya menyanyikan beberapa bait lagu terkenal sambil menjelaskan secara ringkas hukum tajwid yang terkandung di dalam lirik tersebut.

Kalaulah bulann, jatuh ke riiba.

Nikmatlah insann (idgham cukup) di taman duniaa.

Seperti kita ketahui, masyarakat Tanah Melayu suatu ketika dahulu menggunakan tulisan jawi sebelum tulisan rumi diperkenalkan bagi menggantikan huruf hijaiyah tersebut. Pada zaman P. Ramlee, tulisan jawi masih digunakan walaupun semakin berkurangan.

كالاوله بولن جاتوه ك ريبا
نعمتله انسان د تامن دنيا

Kredit: Nurul Ashwad

Sudah ku tenung dalam kitabb, (tu qalqalah)

Makin ku renung berdetup detapp (ini qolqolah kubro)

سوده كو تنوڠ دالم كتاب

ماكين كو رينوڠ بردتوڤ-دتڤ

Kredit: JomTajwid.com

Selain itu, beliau turut memberi contoh lagu P. Ramlee yang diambil dari lagu al-Quran, syair-syair dan qasidah antaranya;

  1. Lagu Aci-aci buka pintu (1963) yang mengikut rentak qasidah Maulid Tiba’i.

Aci-aci Buka Pintu:

2. Lagu Alangkah Indah Di Waktu Pagi dinyanyikan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok oleh Normadiah ini berilhamkan lagu Qasidah Empayar Turki Uthmaniyah pada 1574, hampir 400 tahun sebelum filem tersebut dihasilkan.

https://www.youtube.com/watch?v=_uBNrXnt79c

Alangkah Indah Di Waktu Pagi:

Selain itu, lagu raya terkenal nyanyian Ahmad Jais yang dihasilkan P. Ramlee juga berilhamkan qasidah burdah Al-Bushiri, ulama di Morocco.

Sementara itu, Ustaz Badlishah turut berkongsi, di Masjid Sultan, Singapura (berhampiran Murtabak Singapore), jemaah akan menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada ulama’-ulama’ di Singapura serta Allahyarham P. Ramlee sehingga ke hari ini setiap kali sebelum solat Jumaat.

Sumber: Masjid Bandar Seri Putra (Ustaz Dato’ Badlishah Alaudin)

Amira

Love yourself.