Siakap Keli
Foto: Bernama

(Video)”Senyum Tersipu-Sipu Tun M”, Agong Buat ‘Birthday Surprise’ Untuk PM Tarik Perhatian Netizen

Semalam, tanggal 10 Julai adalah tarikh istimewa bagi insan istemewa dalam hati rakyat Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau menerima banyak ucapan selamat hari lahir dari seluruh dunia sehinggakan tanda pagar #Tun94 menjadi trending di media sosial semalam.

Namun hari ini, Perdana Menteri Malaysia itu tetap meneruskan tugasannya sebagai pemimpin nombor satu negara dengan menghadiri majlis pengurniaan Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menerima penganugerahan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada pihak kerajaan Malaysia

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang lain.

Dalam pada itu, DYMM Yang di-Pertuan Agong pula mempunyai satu perancangan lain. Baginda dan Raja Permaisuri Agong telah berkenan membuat satu kejutan khas di Istana Negara sempena hari lahir Tun Dr. Mahathir yang disambut semalam.

Video mengenai kejutan itu telah dikongsikan oleh Bernama melalui akaun Twitter mereka, @bernamadotcom.

Kejutan itu jelas mendapat perhatian rakyat yang rata-rata turut berasa teruja dan gembira dengan penghargaan yang diberikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri.

Kredit: @bernamadotcom
Kredit: @bernamadotcom
Kredit: @bernamadotcom

Sumber: Twitter Bernama

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.